Kenyataan Akhbar IRF || 5 Mac 2010
Kami mengikuti berita berkenaan laporan polis yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor terhadap Sisters in Islam (SIS) mengenai isu kontroversi yang melibatkan hukuman sebat ke atas wanita Islam di bawah undang-undang jenayah Syariah dengan penuh kegusaran.
Kami ingin menyatakan pendirian kami bahawa tindakan yang sedemikian oleh pihak yang berkuasa dalam hal ehwal agama Islam hanya akan menimbulkan imej yang buruk terhadap Islam, agama yang memberi ruang yang luas kepada perdebatan yang sihat dan kewujudan perbezaan pendapat. Tindakan provokatif yang diperlihatkan dengan tujuan menghalang sebarang usaha agar isu ini dibicarakan secara terbuka adalah manifestasi yang amat jelas akan kebenaran anggapan bahawa ‘kuasa dan keangkuhan paksi kebenaran’. Dalam hal ini, isu berkenaan hukuman sebat ke atas wanita Islam di bawah undang-undang jenayah Syari’ah masih lagi sedang diperdebatkan oleh masyarakat madani ditambah pula dengan kes Kartika yang masih belum diselesaikan, maka tentulah amat sekali mengejutkan apabila tindakan hukuman sebat tersebut dilaksanakan secara diam-diam. |
Read More... (2.7 KB) | (183 reads) 4 comments | | Score: 0 |
|
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.
Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapak terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu. |
Read More... (4.99 KB) | (134 reads) comments? | | Score: 0 |
|
Oleh Dr Juanda Jaya
BERITA HARIAN 2hb March 2010
Umat Islam disaran kaji secara mendalam ajaran agama elak diperguna golongan melampau
ORANG yang berjuang mahu meletakkan lelaki dan wanita pada satu kedudukan sama dalam semua perkara akan menghadapi tentangan daripada budaya dan adat manusia di sekeliling mereka. Hal ini berlaku sejak zaman berzaman.
Bagaimanapun janganlah sesetengah pihak menuduh agama Islam sebagai tidak adil kepada wanita kerana amalan budaya sesetengah masyarakat Muslim yang tidak memahami nilai Islam sebenar. Bahkan amalan meminggirkan wanita itu didakwa ada sandaran hadis tertentu yang menyuruh mengongkong wanita demi kepentingan lelaki rupa-rupanya hadis yang dibawakan itu adalah batil, palsu lagi menipu. |
Read More... (5.36 KB) | (249 reads) 1 comment | | Score: 5 |
|
bismillah~
Kefahaman kita selama ini iaitu belum dinamakan berdakwah apabila seseorang tetap tinggal di dalam rumah dan jarang keluar dari rumah. Pemahaman seperti ini seharusnya dikaji semula, terutamanya untuk wanita muslimah. Sebab kaum hawa berbeza dengan kaum Adam. Sehingga ada yang mengatakan apabila seseorang muslimah, baik masih gadis atau sudah bersuami dan memiliki beberapa orang anak tidak aktif keluar rumah dan tidak berdiri di atas pentas atau berceramah di hadapan umum tidak dikatakan sebagai seorang da’iyah.
Sepatutnya, kita perlu memahami hakikat berdakwah sehingga tidak keliru dalam memahami aktiviti dakwah itu sendiri. Dalam sebuah ayat Allah. Allah Azzawajalla berfirman ;
“Dan ingatlah ketika Allah mengambil janji dari orang -orang yang telah diberi kitab (yaitu):”Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia ,dan jangan kamu menyembunyikannya.”QS.Ali Imran[3]:187) |
Read More... (2.45 KB) | (202 reads) 1 comment | | Score: 0 |
|
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
|
Read More... (4.94 KB) | (555 reads) 4 comments | | Score: 0 |
|
Oleh : Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surat Yasin, baik pada malam Jum'at (hari Jum'at menjelang khatib naik mimbar, tambahan-peny), ketika mengawali atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.
Saking seringnya surat Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehingga mengesankan, Al-Qur'an itu hanyalah berisi surat Yasin saja. Dan kebanyakan orang membacanya memang karena tergiur oleh fadhilah atau keutamaan surat Yasin dari hadits-hadits yang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka.
Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua surat dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya. Oleh karena itu sangat dianjurkan agar umat Islam senantiasa membaca Al-Qur'an. Dan kalau sanggup hendaknya menghatamkan Al-Qur'an setiap pekan sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekali atau khatam setiap bulan sekali. (Hadist Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).
|
Read More... (7.47 KB) | (540 reads) comments? | | Score: 5 |
|
Oleh Ustaz Muhammad Ihsan Bin Idris
Pensyarah, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
Maka termasuk dalam memperjuangkan / meneguhkan pegangan As-Sunnah itu ialah umat Islam menyemaikan diri dengan sifat mencintai Allah dan Rasul-Nya, di mana tanpa rasa cinta, sebenarnya tidak akan lahir kesempurnaan keikhlasan dari jiwa seseorang itu dalam ia mentauhidkan serta beriman kepada Allah dan tidaklah akan menjadi sempurna amal ibadat yang dikerjakan dengan tidak ada kecintaan dan keikhlasan dari seorang yang mengaku dirinya Islam. Sabda Rasulullah saw.:
قَالَ رسول الله : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَلاوَةَ الاِيْمَان اَنْ يَكُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْأ لايُحِبُّهُ اِلاَّ لِلَّه وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ اِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ اِذْ اَنْقَذَفَ فِيْ النَّارِ
“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim
عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسول الله قَالَ : لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ
Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim
Dua hadits yang jelas menerangkan tentang pentingnya kecintaan itu dipimpin ke jalan yang diredhai iaitu mendahulukan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang dari sinilah seorang manusia itu akan berjaya melahirkan keikhlasan dan kesucian hati dalam dirinya. Bahaya manusia yang gagal membina rasa cinta yang didahulukan Allah dan Rasul-Nya adalah ia tidak dapat menghayati kemanisan Iman dan sukar menerima / mengharungi cubaan daripada Allah. Seorang yang tidak wujud kecintaan dan keikhlasan kepada Rabb-nya merasakan kehidupan yang mencabar dengan berbagai rintangan di dunia ini sebagai satu penghalang untuk ia menikmati kelazatan dunia, yang akhirnya hati yang tidak tenteram itu akan memilih jalannya sendiri dalam mengharungi kehidupannya walaupun bergelumang dengan dosa. Baginya nikmat kehidupan dunia adalah sangat penting dituntut dan kehidupannya lebih kepada keduniaan daripada mencari keredhaan Allah. Firman Allah :
وَاِذَا اَنْعَمْنَا عَلَى الاِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَئَابِجَانِبِهِ وَاِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوْسًا
“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur) dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.” Surah Al-Isra’ ayat 83 [17:83] |
Read More... (13.81 KB) | (182 reads) comments? | | Score: 0 |
|
Kemelesetan ekonomi sering melanda dunia. Begitu juga pada waktu ini, kita diberitakan banyak syarikat-syarikat gergasi di negara kuasa besar ekonomi dunia, US telah banyak yang mengalami kerugian hinggakan presidennya terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan besar bagi membantu syarikat-syarikat besar. Tempiasnya tidak dinafikan telah dirasai di Malaysia.
Acapkali kita dilanda krisis ekonomi, namun adakah ia telah mengajar kita agar tidak membazir? Adakah kita telah berjaya mendidik diri agar sentiasa berjimat-cermat dan membuat tabungan untuk kegunaan pada masa diperlukan? |
Read More... (2.08 KB) | (132 reads) | Score: 0 |
|
|
Hadith Today |
Kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya
-- HR. Bukari dan Muslim |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Web Affiliates |
Top Posters |
|
|