Community Forums
Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexSembang-sembang umum dan Isu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
alhaddad
Beginner



Joined: Mar 14, 2009
Posts: 26

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 1:25 am
Reply with quote

shiha wrote:
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

Assalamualaikum

Maklumat tambahan dalam membahaskan rang cakap-cakap perbekalan:

1. Lelaki yang benar-benar beriman tidak akan mempermainkan perempuan sebab dia tahu antara halal dan haram. Yang memainkan perempuan itu jelas lelaki yg tidak beriman walau kopiah atas kepala, tetapi di bawah kopiah ada jengking kala. Atau mungkin wanita itu sengaja membuka pintu membiarkan dirinya dipermain-mainkan, maka bila habis masa bermain, si lelaki cabut pulang lalu menuduh lelaki mempermain-mainkannya. Tapi kalau membuka pintu utk kahwin, maka tidak timbul soal mempermain-mainkan sebaliknya itu membuktikan kejujuran dan kefaqihan agama.

2. Kebanyakan lelaki yg benar-benar soleh dan beriman mereka terlalu merendah diri utk menyatakan hasrat dan kehendak. namun dalam diam dia benar-benar berkehendak dgn cepat dan kadar segera, sesegera mee maggie, cuma disekat oleh beberapa punca:
a. duit, pitih, fulus, sen, riyal, dinar, dirham dll
b. duit hangus (bukan maskahwin) yg tinggi macam langit biru, yg menghanguskan kecepatan berkahwin lalu menimbulkan kelambatan krn sibuk himpun duit yg bakal hangus. ini kadang2 salah mak bapak bukan si anak krn si anak majoritinya tidak kisah berapa nak kasi asal selesai akad, tp adat yg menyekat pulak sudahlah tak dak dlm syarak.
c. mak bapak perempuan tak redo dgn berbagai-juta alasan: masih belajar lah, masih muda la, masih masih masih dan masih...mungkin benar dan mungkin tidak benar alasan itu. tapi kalau diberitahu anak dia berdating dgn si fulan bin si fulan bin si fulan..mudah aja dijawab: apa salahnya mereka berkawan. tp kl dah buncit mengandung berjurunikahkan langit bersaksikan dua batang pokok kelapa berwalikan rumput gajah bermaskahwinkan free of charge...masa tu sapa2 nak pinang atau nak kawin dgn anaknya dipersilakan..may be free..tak kuasa aku.
Maka hal ini harus diperhatikan dan diberi pertolongan jika perlu.

3. Ngeri...org perempuan mmg ngeri bab kawin, tp org lelaki pulak berseri2 citer bab kawin. Tp kl hari nak akad nikah dah mai, depalah org paling riang gumbira. masa tu tak dak sapa boleh sekat2. kena ikut saja. yg si lelaki lak 3 hari 3 malam menggeletar sampai berpeluh habis ketiak dan keting. pucat lesi muka cam baju sami budha. cakap pun tak berapa nak keluar. sapa yg ngeri la ni?? hakikatnya wanita itu malu tapi MAUUU, tapi depa cakap Ngeriii...kena baca lagu tu..:))

Wassalamualakum
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 3873
Location: Presently K.L Looking Foward to KSA

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 1:29 am
Reply with quote

Tuan Al-Haddad, sebelum jauh mengetik papan kekunci, sudikah tuan berta'aruf dulu adanya?
SESSI TA'RUF
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
alhaddad
Beginner



Joined: Mar 14, 2009
Posts: 26

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 3:00 am
Reply with quote

nur_izzah wrote:
penulis artikel terlupa nak memasukkan tentang wanita2 yg sudah hilang keinginan utk berkahwin, maka apakah alternatif untuk menyelamatkan maruah mereka? perlu diingat, zaman sekarang ni, tak sedikit wanita2 solehah yg sudah merasa tidak ingin bersuami tetapi sangat inginkan anak..

wanita jenis apakah mereka? tidak solehah kah mereka? tidak.. mereka sgt2 menjaga batasan agama.. namun, kenapakah ini yg semakin berkembang? apakah solusi nya?

Bismillah
Assalamualaikum

Ini satu musykil yg saya baru tahu. Pelik bin ajaib...tak nak kahwin tapi nak anak. Kalau nak anak jenis manusia, maka ia harus melalui proses biologi manusia, tak boleh melalui proses biologi arnab atau pokok kayu jati...lain spesis tu..tidak mungkin. Ish pasal apa pulak tiba2 tak ada keinginan...ramai2 yg dah ada kat AFN ni..hak yg ada ada kadang2 mari berasa masih kurang berada...berasa tak berapa cukup.. Very Happy

Saya fikir fitrah insan utk berkahwin tetap ada. Saya tidak fikir mereka tak nak, cuma boleh jadi perasaan itu timbul kerana beberapa sebab -wallahu a'lam-:

1. Sudah berusia melebihi 30-an and over dan belum ada yg menanya-nayakan dirinya secara serius. tanya dah makan ke belum..belambak. ni tanya yang jenis satu lagi tu. lama-lama umur semakin meningkat akhirnya give-up. Tapi melihat org lain menimang2 anak...minat pulak nak anak bahkan sgt mendalam, tapi tersekat hasrat krn tidak memiliki mesin penjana biologi anak yg satu lagi..:))

2. Putus cinta dan putus harapan..yg diharap dikebas orang, yg berjanji melarikan diri...yang ada tiba-tiba sakit jiwa...yg tidak dikenali datang berlari..yg diminati milik org, yg tidak diminati menyibuk sepanjang jalan...macam2. akhirnya jadi frustt menungging...senang2 lebih baik hidup bujang. lebih serius tiba2 datanglah perasan bahawa semua lelaki adalah sama belaka...penipu...buaya belaka..buaya katak, buaya tembaga, buaya besi, buaya suasa, buaya kuprum, buaya magnum dll...semuanya buaya tidak kiralah apa jenis buaya pun..tetap buaya.. hilang minat kawin krn amarah kebencian terhadap spesis buaya...rugilah usia...rugilah segala2nya...ingattt...tanpa sang buaya, apalah dunia ini. dgn wujud sang buaya inilah wujudnya yg tak buaya tuu..tapi ingatt..ada buaya ganas dan tidak ganas...tp yg menulis nii buaya penyantun tak dak ekorr..ha ha ha, yg lain2 kat AFN tak tau laaa..ha ha..tengok bayang2 depa kot2 ada ekorr..ha ha

3. Takut nak kawin sebab dengar citer macam2 terutama dr yg dah bercerai berai. Filem2 pulak banyak menjadi sialan dok tunjuk hal-hal ganas dlm rumahtangga..lempang sana lempang sini...terajang sana terajang sini..tipu sana tipu sini...maka termakan pujuklah si wanita malang ini..langsung nafsu kawinn tertutup rapat serapat penutup botol budu atau coca-cola. mungkin secara perlahan2 dlm tenang bayu keinginan utk kawin datang memberi salam...serentak itu tiba2 taufan kisah wanita kena dera datang..lalu lenyaplah keniginan itu..timbul semula rasa takut.begitulah setiap hari. semenjak usia 20-an, beralih 30-an, kemudian 40-an..diwaktu itu betullah kata d.j dave: sendiri sendiriiii...dalam bayangannnn...tak seorang pun mengertiiii..ha ha

4. Teraniaya oleh sikap wali atau keluarga. dlm soal kawin, sesetengah wanita itu bukan mudah nak buka mulut terutama jika si wali atau keluarga jenis berkerajaan hitler. lalu, sehebat mana anak perempuan memahami sunnah tetap akan kalah bila berdepan soal kawin. berkeras kalu, depa buat tindakan boikot atau tak nak layan terus..nayalah. berdiam diri pulak depa buat macam kerenah tak masuk akal. demi jaga hati org tua dan tak nak melukai sesiapa, kdg2 si wanita dlm keluarga ini ambil sikap cool dan acuh tak acuh soal kawin. tiba2 dlm keadaan menahan diri ini ada pulak suara perli2, ejek2...lg parah. apalagi jika ditambah sikap diskriminasi dlm keluarga...lengkaplah sebuah kemusnahan.

5. Pernah ternoda lalu bertaubat sehingga mencapai darjat solehah. Mereka bukan tak nak kawin tetapi, keinginan itu terhalang oleh berbagai teka teki dan persoalan...misalnya dia masih berasakan dirinya berdosa dan tidak dara lagi lalu tidak layak memiliki suami...atau perasaan jika si suami akan tahu kelak bagaimana harus ditempuhi...atau sbgnya.

Penyelesaiannya tidak mudah krn mereka harus dilibatkan dgn sesi kaunseling oleh org2 yg pakar terlebih dahulu demi memulihkan emosi dan tanggapan, sehingga melahirkan keyakinan. Seterusnya, org tengah yg berwibawa harus memainkan peranan dlm membantu terutama dlm kes no 4 dlm usaha menasihati atau memberi keyakinan kepada keluarga serta bersedia dgn plan2 lain jika berlaku seuatu yg tak diduga spt keangkuhan sang wali atau keluarga -pengalaman ini berlaku pada jiran penulis dan penulis dapat menyelesaikannya alhamdulillah. mangsa ini dah pun memiliki anak menerusi proses biologi betul :))-.

Seperkara lg harus wujud satu skuad penolong utk org2 yg ingin berkahwin yg terdiri drpd profesional agama, petah bercakap, tahu undang2 berkeluarga dll, yg bakal menjadi tempat rujukan dan memohon bantuan sehingga sampai ke tahap mereka selamat diijabkabulkan. Ini krn yg bujang2 ini kebanyakannya sgt lemah utk berdepan dgn situasi masyarakat yg masih hanyut dgn kejahiliyahan.

So, itulah pandangan hamba yg tidak seberapa.

Wassalamualakum
Back to top
View user's profile
shiha
Doctor



Joined: Jul 26, 2008
Posts: 3446

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 6:09 am
Reply with quote

Assalamualaikum ya akhi

Great Great Great

[harapnya kepada adik2 muslimahku, bacalah dengan mata hati. Bukakan pintu hatimu utk para 'sang buaya' dan si badak air itu hehe]

Wassalamualakum

_________________
لم تعش حتى تموت.....
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 3873
Location: Presently K.L Looking Foward to KSA

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 6:20 am
Reply with quote

shiha wrote:
:salam ya akhi

Great Great Great

[harapnya kepada adik2 muslimahku, bacalah dengan mata hati. Bukakan pintu hatimu utk para 'sang buaya' itu hehe]

Wassalamualakum

saya badak air la kak..buaya ganazz sgt hehe
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
shiha
Doctor



Joined: Jul 26, 2008
Posts: 3446

PostPost subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Posted: Wed Mar 18, 2009 8:10 am
Reply with quote

Muhammady7 wrote:
shiha wrote:
:salam ya akhi

Great Great Great

[harapnya kepada adik2 muslimahku, bacalah dengan mata hati. Bukakan pintu hatimu utk para 'sang buaya' itu hehe]

Wassalamualakum

saya badak air la kak..buaya ganazz sgt hehe

hehe badak airpun okay juga :eggs

_________________
لم تعش حتى تموت.....
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Sembang-sembang umum dan Isu semasa
Page 6 of 6
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.

-- HR. Tirmizi

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: an-nadim
New Today: 1
New Yesterday: 0
Overall: 4433

People Online:
Members: 3
Visitors: 6
Bots: 0
Total: 9
Who Is Where:
 Members:
01: bahak > Home
02: dai_jalanan > Home
03: Mohd.Ikram > Home

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21824 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4994 

   mfauzy 
 Posts: 
 4644 

   FATHI 
 Posts: 
 4627 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4367 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3752 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3712 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3377 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2872 

   nawawi 
 Posts: 
 2635 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2584 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2507 

   peyoy 
 Posts: 
 2360 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1947 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1835 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster