Community Forums
HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Hal-hal Berkaitan Nikah Kahwin / Poligyni.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum Index1001 Pasal Nikah Kahwin / Poligyni.
View previous topic :: View next topic  
Author Message
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 4393
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Mon Dec 08, 2008 2:41 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Saya kenal dengan seorang suri rumah yang ditinggalkan suami begitu lama.
Saya kenal juga seorang isteri yang sentiasa dipukul oleh suaminya.

Ramai wanita 'moden' yang tidak mempelajari ilmu tentang persoalan rumah tangga tertekan dan menyimpan dendam kepada suami yg dianggap menzalimi dirinya.

Ada juga wanita muslimah yang tertekan dengan kewajipan yg dikehendaki Islam terhadap suaminya. Islam menuntut wanita melayani suami, sedangkan perasaan benci terhadap suaminya sukar dipadamkan.

Apakah Islam membiarkan wanita dibelenggu oleh lelaki?

Islam adalah agama yang adil. Ia tidak membiarkan seorang wanita dizalimi oleh seorang lelaki atau membiarkan perasaannya tertekan.

Antara hukum fikih yang perlu wanita ketahui ialah khulu'.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas datang kepada Nabi saw. lalu bertutur, ”Ya Rasulullah, aku tidak membenci Tsabit karena, imannya dan bukan (pula) karena perangainya, melainkan sesungguhnya aku khawatir kufur.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, ”Maka mau engkau mengembalikan kebunnya kepadanya?” Jawabnya, ”Ya (mau)” kemudian ia mengembalikannya kepadanya dan selanjutnya beliau menjawab suaminya (Tsabit) agar mencerainya.” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no:2036 dan Fathul Bari IX:395 no:5276).

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.radio.ngaji-online.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 4393
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Mon Dec 08, 2008 7:09 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Jika seorang isteri telah menebus dirinya dan dicerai oleh suaminya. Maka ia berkuasa penuh atas dirinya sendiri, sehingga suaminya tidak berhak untuk rujuk kepadanya, kecuali dengan ridhanya dan perpecahan tidak dianggap sebagai talak meskipun dijatuhkan dengan redaksi talak. Namun ia adalah perusakan akad nikah demi kemaslahatan sang isteri dengan balasan menebus dirinya kepada suaminya.

alislamu.com/index.php...;Itemid=21

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.radio.ngaji-online.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Aliuddin
Student L6



Joined: Nov 12, 2008
Posts: 1413
Location: Mahalah Gombak Selatan

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Wed Dec 10, 2008 12:48 pm
Reply with quote

Sy sudah baca link, tuntasnya...

Jika si isteri sudah tidak sanggup hidup dengan suaminya, dia boleh menyediakan harta untuk menebus ganti dirinya dan bebas dr ikatan perkahwinan.

”Maka mau engkau mengembalikan kebunnya kepadanya?”

Sy x berapa faham part ni. Adakah harta yang hendak diguna-tebus oleh isteri itu adalah milik isteri pd asalnya, atau harta sepencarian dengan suami atau asal milik suami yang diberi kepada si isteri?
Back to top
View user's profile
osram
Panel BA



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 1375
Location: Bahanji

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Wed Dec 10, 2008 1:06 pm
Reply with quote

Cikgu kenapa kuasa talak tidak diberikan terus sahaja kepada wanita ? Kan senang, isteri yang tak puas hati boleh terus cakap, "Aku ceraikan kau, talak satu"....hehe

Apa hikmahnya cikgu ? Sementara khulu' tu apa pula cikgu, dia tak sama dengan fasakh ke cikgu ?

_________________
RABBI ZIDDNI 'ILMAN
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 4393
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Wed Dec 10, 2008 2:40 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Khulu' bererti tanggal. Menurut pengertian syara' Khulu' adalah : Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya. Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga membawa maksud "tebus talak", perkara ini berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya.

Sebahagian dari perkara-perkara yang menyebabkan Khulu' adalah:

1. Jika kedua pihak khuatir tidak dapat melaksanakan hukum Allah.
2. Jika isteri khuatir beliau tidak dapat mentaati suaminya.
3. Jika suami khuatir isteri tidak dapat melaksanakan perintah suami sehingga berlaku kekerasan terhadap isteri.

Perceraian secara khulu' ini hanya boleh disabitkan di hadapan Hakim dengan syarat-syaratnya yang tertentu semasa pasangan membuat permohonan untuk berpisah.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.radio.ngaji-online.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
cikgurahim
Founder



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 4393
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Wed Dec 10, 2008 2:42 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :

1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.

2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.

3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.

4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.

5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.

6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
1. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
2. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
3. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
4. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
5. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
6. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.

7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.radio.ngaji-online.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
osram
Panel BA



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 1375
Location: Bahanji

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Wed Dec 10, 2008 2:51 pm
Reply with quote

Alhamdulillah ! Syukran jazilan cikgu......wajazakallahu khairan katsira.
_________________
RABBI ZIDDNI 'ILMAN
Back to top
View user's profile
ummimq
Moderator



Joined: Jun 26, 2008
Posts: 3740

PostPost subject: Re: HUKUM FIKIH WANITA MODEN PERLU KETAHUI
Posted: Fri Dec 12, 2008 8:56 am
Reply with quote

25 Sebab Suami Naik Darah

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap..malam ini kita masak sardine saja ..ok tak ”

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah lah kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka lah news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan / menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, Kenapa awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat ini nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam ini i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry lah i tak tau baju kurung mana nak pakai lah so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak ini..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam ini..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi
tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak ini ada affair ke Kenapa sms beep beep beep tak henti henti ini…betina mana pulak awak nak ini…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri dia.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..Kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama ini dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Sekadar untuk mendapat pandangan .......betul ke?

Ihsan dari laman web
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index 1001 Pasal Nikah Kahwin / Poligyni.
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: kakaka
New Today: 4
New Yesterday: 7
Overall: 4430

People Online:
Members: 8
Visitors: 11
Bots: 0
Total: 19
Who Is Where:
 Members:
01: abu_abdirrahman > Community Forums
02: AbuAbrisam > Home
03: AHA > Home
04: ainuddin > Community Forums
05: dai_jalanan > Home
06: haikal > Community Forums
07: mustaqill > Community Forums
08: zwei > Community Forums

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21664 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4977 

   mfauzy 
 Posts: 
 4595 

   FATHI 
 Posts: 
 4594 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4356 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3740 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3698 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3347 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2870 

   nawawi 
 Posts: 
 2618 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2575 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2506 

   peyoy 
 Posts: 
 2351 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1946 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1827 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster