Community Forums
[TAKHRIJ] Kesahihan solat tasbih?
Perbincangan sekitar persoalan Qur'an, Hadis, Kisah Nabi-nabi dan Umat terdahulu serta para sahabat
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexQur'an dan Hadis
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Pija
Beginner

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 98
Location: Kangar/Bukit Mertajam

PostPost subject: [TAKHRIJ] Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 4:33 am
Reply with quote

Kesahihan solat tasbih? Sebelum ini saya pernah bertanya, tetapi sudah hilang dalam forum.Saya ingin mengetahui takhrijnya sekali lagi.

Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]

_________________
"Ikut Al-Quran dan As-Sunnah, jauhi maksiat dan bidaah."

Cara solat Nabi s.a.w. dari sebelum takbir hingga selepas salam. Layari: www.solat.pja.my

Keliru mazhab dalam Islam? Layari: www.mazhab.pja.my

www.bidaah.tk
Back to top
View user's profile Visit poster's website
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 10:20 am
Reply with quote

afizaex wrote:
Kesahihan solat tasbih? Sebelum ini saya pernah bertanya, tetapi sudah hilang dalam forum.Saya ingin mengetahui takhrijnya sekali lagi.

Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:
“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]

--------- al-jawab:

wa'alaikumussalam,

berkenaan thread lama, ia telah terdelete, dan ana sdg dalam proses membuat satu artikel dlm bab ini yg mana ana ringkasan dari perbincangan multaqa ahl hadis (ringkasan dari 10 thread)

secara ringkas berkenaan status solat hadis solat tasbih, ia dikeluarkan antaranya oleh Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Khuzaimah dan lain2.

dan hadis solat tasbih ini adalah khilaf antara ulama, ada yg mensahihkannya (sahih li ghairihi), ada yg menghasankannya, ada yg mendhaifkannya dan malah ada yg menyatakan ia palsu.

dan status solat tasbih ini adalah antara yg paling extensive perbincangannya dlm forum Multaqa Ahl Hadis dan stakat pencarian ana, terdapat lebih 10 thread tntg solat tasbih sahaja. dibawah ini antara fatwa para ulama' salafi moden tntg tarjih antara sahih atau tidak sahih tntg solat sunat tsbih ini, yg dikumpulkan Multaqa' Ahl Hadis:

1- syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni: liqa' (pertemuan) telah diadakan antara Multaqa' dan syaikh al-Muhaddith Syarif Hatim al-Awni, dan telah ditanya kepada syaikh akan solat sunat tasbih, jawab syaikh:

"dan sesungguhnya hadis solat sunat tasbih ianya hadis Mungkar, dan sesungguhnya telah mensahihkan sesetengah ahli ilmu akan hadis ini, dan sesungguhnya telah mendhaifkan hadis ini oleh kelompok(jamaah) ahli ilmu yg lebih berilmu dari kalangan mrk (-فقد ضعفه جماعة هم أعلم منهم-) yg lebih berilmu dari mereka, dan petunjuk yg kuat adalah dgn dhaifnya, dan sesungguhnya ia adalah hadis Mungkar" - www.ahlalhdeeth.com

2- syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz Ibn Baaz:
"telah khilaf akan ulama' tntg status solat sunat tasbih dan yg benar terpelihara (sawab) adalah sesungguhnya ianya tidak sahih. ianya adalah syadz dan matannya mungkar- والصواب أنه ليس بصحيح لأنه شاذ ومنكر المتن- serta ia bersalahan/bertentangan dengan hadis-hadis sahih yg ma'ruf dari Nabi S.A.W tntg sifat solat nafilah (solat sunat), solat yg telah disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya dlm ruku'nya dan sujudnya adalah tidak seperti ini (tidak seperti solat tasbih), dan yg benar terpelihara (sawab) adalah pendapat yg menyatakan ianya tidak sahih...dan sesungguhnya kesemua sanad2 hadis ini semuanya dhaif, Allah Maha Mengatahui" - www.binbaz.org

3- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Fawzan: "sesungguhnya telah membaca (mendapati) kita dlm sesetangaH kitab tntg solat sunat tasbih dan juga tntg khilafnya para 'Aimmah tntg sifatnya, bilangan rakaatnya, dan adakah ia benar/tsabit dari Nabi S.A.W dan solat nya?...solat sunat tasbih terdapat hadis2 dan yg rajih dari kalangan MAJORITI huffaz adalah meninggalkan kesahihannya (ianya dhaif)-رجَّح كثير من الحفاظ عدم ثبوته - , bahkan berkata Ibn Jauzi ianya adalah dari hadis yg maudhu', ..sesetengah ulama menyatakan ia mustahab/harus..akan tetapi majoiti dari para Muhaqqiq berpendapat bahawa ianya tidak disyariatkan bahkan (ada yg menyatakn) ianya bid'ah, dan hadis2 dlm hal ini tidak tsabit dari Nabi S.A.W ..(oleh itu sebaiknya) kita mengambil (mengutamakan dan mengamalkan) solat-solat yg telah disyariatkan lagi tsabit (dan tiada khilaf tntgnya) dari Nabi S.A.W seperti solat tahajjud malam, solat witir, dan memelihara solat2 rawatib antara solat fardhu dan solat dhuha dan sesugguhnya terdapat banyk solat2 nawafil yg tsabit (tanpa khilaf) dari Nabi S.A.W " - www.alfuzan.net

4- syaikh al-Muhaddith Soleh ibn Uthaimin: "solat sunat tasbih adalah tidak disyariatkan, kerana hadisnya dhaif dan berkata Imam Ahmad bahawa tiada satupan dlm hal ini yg sahih, bahkan Ibn Taimiah menyatakan bahawa ianya palsu dan ia tidak pernah dianjurkan oleh imam mazhab yg empat..." - www.islam-qa.com

5- syaikh al-Muhaddith Soleh al-Munajjid: "terdapat hadis-hadis tntg solat sunat tasbih yg telah disandarkan kpd Nabi S.A.W yg mana ia dinilai hasan oleh sesetengah ahli ilmu, akan tetapi kebanyakan ahli ilmu menyatakn bahawa ianya dhaif dan solat ini tidak disyariatkan dlm Islam...dan oleh kerana ianya tidak pernah dianjurkan oleh para imam mazhab kita tahu bahawa ianya tidak sahih, keganjilan tntg tatacara solat ini dilakukan iaitu smada 1 kali dlm sehari, atau 1 kali dlm seminggu, atau 1 kali dlm sebulan, atau 1 kali dlm setahun atau 1 kali dlm seumur hidup, ini antara yg menunjukkan bahawa hadis ini tidak sahih, sekiranya ianya disyariatkan maka ianya tentu suatu yg dianjurkan dilakukan secara biasa (seperti mana solat sunat lain) dan seseorang tidak akan diberi pelbagai pilihan cara perlaksanaannya, oleh sebab itu org ramai sepatutnya meninggalkan solat ini, dan Allah Maha Mengetahui.."- www.islam-qa.com

6- syaikh al-Muhaddith Salman Aodah: "yang muktabar dari kalangan 'Aimmah hadis (salaf) seperti Imam Ahmad, Bukhari, Ibn Ma'in, Ibn Madini, Nasaie dan semisal mereka..sesungguhnya hadis2 dlm solat sunat tasbih adalah tidak sahih dari Nabi S.A.W dan bahkan ianya wahi dan tidak disyariatkan untuk mendirikannya...bahkan disisi (sesetengah) muhaqqiq ianya bid'ah...dan adapun dari sesetengah mutaakhirin yang menguatkan hadis ini dan menghasankannya, maka pendapat (mereka) itu adalah tidak rajih (tidak kuat)..." -www.ahlalhdeeth.com

7- syaikh al-muhaddith Abu Bakr bin Abdullah Abu Zaid: "...dan sesungguhnya telah berpendapat para muhaqqiq untuk meninggalkan pensyariatan (mendhaifkan hadis) solat sunat tasbih antara mereka adalah syaikhul Islam Ibn Taimiah, Ibn Jauzi dan lain-lain, dan juga telah berpendapat dari selain mereka akan (mengambil) pensyariatannya antara mereka adalah alhafiz Ibn Hajar dan Ibn Nasiruddin al-Dimasqi dan lain-lain, dan pendapat yang awal yang meninggalkan pensyariatannya adalah yg benar terpelihara (sawab)..." - www.ahlalhdeeth.com

dan dibawah ini antara qaul Imam Huffaz Hadis Salaf al-Mutaqaddimun tntg hadis solat sunat tasbih:

1- Imam Ali ibn Madini: "ia adalah hadis Mungkar" ['Ilal Ali ibn Madini]

2- Imam al-Uqaili: "tiada hadis yg tsabit tntg solat sunat tasbih" - [al-Dhu'afa]

3- Imam Ibn Khuzaimah:
Ibn Khuzaimah mendhaifkan hadis ini dgn katanya: "jika benarlah hadis ini sahih (in sahhal khabar) dan sesungguhnya hati ini merasakan sesuatu akan sanad hadis ini" - [sahih Ibn Khuzaimah]

4- Imam at-Tirmizi: at-Tirmizi mendhaifkan hadis ini dgn katanya : "hadis hasan gharib..terdapat beberapa hadis solat tasbih yg disandarkn kpd Nabi S.A.W akan tetapi tiada satupun yg sahih" - [sunan Tirmizi]

5- Imam Ahmad: "dinaqalkan oleh Ibn Qudamah, ditanya kpd Imam Ahmad adakah beliau melakukan solat sunat tasbih. jawab Imam Ahmad: "tidak sama sekali [lam]", ditanya kenapa?, jawab Imam Ahmad: "tiada satupun dlm bab ini yg sahih" dan kemudian Imam Ahmad menyilangkan tangannya menunjukkan bahawa ianya Mungkar" - [al-Mughni]

sekian
Wallah-hu-'alam,
Allah Maha Mengetahui.

Fathi utk AFN.

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 4:09 pm
Reply with quote

ana baca secara skimming sahaja apa yg ditulis.

jama'ah maknanya sekelompok bukan majoriti.

Majoriti tetap beramal dengan hadith solat tasbih dan ini bukan satu rahsia.

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 4:47 pm
Reply with quote

Jika ada salaf mendha'eefkan hadith berkaitan maka ada Salaf yang mensahihkan.

Jika ada Mutaqaddimuun mendha'eefkan hadith berkaitan maka ada Mutaqaddimuun yang mensahihkan.

Jika ada Muta'akkhiruun mendha'eefkan hadith berkaitan maka ada Muta'akkhiruun yang mensahihkan.

Jika ada Mu'asiruun mendha'eefkan hadith berkaitan maka ada Mu'asiruun yang mensahihkan.

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:19 pm
Reply with quote

ni jawpan syaikhuna Alitantawi, jabatan hadis al-ahkam (www.al-ahkam.net):

"setakat maklumat yg ana temui, tiada galakan atau suruhan tentang solat tasbih daripada imam2 mazhab, yang ada hanya daripada ulama2 mazhab selepas imam tersebut.

begitu juga setakat yg ana tahu, hadith2 tentang solat tasbih dinilai dhaif oleh ulama2 hadith terdahulu, dan dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama hadith moden.

ini fakta yang ana temui.

persoalan amalan masyarakat, ana tak melihat kepada perlunya kita menghalang orang solat tasbih kalau sekadar dia nak solat dua rakaat dan di dalamnya ada tasbih. wallahu a'lam"

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:25 pm
Reply with quote

ni pula jawapan panel Jabatan Fiqh al-Ahkam, ustaz al-Jawhar dlm forum soal-jawab fiqh:

"Berikut di bawah adalah hadis yang menjadi sandaran tentang solat tasbih ini iaitu hadis dari riwayat Ibnu Abbas :

روي عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للعباس بن عبد المطلب‏:‏ ‏(‏يا عباس، يا عماة‏:‏ ألا أعطيك‏؟‏ ألا أمنحك‏؟‏ ألا أحبوك‏؟‏ ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله لك ذنبك، أوله وأخره، وقديمه وحديثه، وخطأه وعمده، وصغيره وكبيره، وسره وعلانيته‏؟‏ عشر خصال‏:‏ إن تصلي أربع ركعات، تقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب وسورة، فإذا فرغت من القراءة في أول ركعة فقل وأنت قائم‏:‏ سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، خمس عشرة مرة، ثم تركع فتقولها وأنت راكع عشراً، ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشراً، ثم تهوي ساجداً وتقولها وأنت ساجد عشراً ثم ترفع رأسك أومن السجود فتقولها عشراً، ثم تسجد فتقولها عشراً، ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشراً، فذلك خمس وسبعون في كل ركعة، تفعل ذلك في أربع ركعات، وإن استطعت أن تصليها في كل يوم مرة فافعل، فإن لم تستطع ففي كل جمعة مرة، فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة، فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة، فإن لم تفعل ففي عمرك مرة‏)

Maksudnya : “Wahai Abbas Pakcikku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan shalat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surat, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sedang ruku, kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu

( HR Abu daud bab solat tasbih no : 1297 )

Berikut saya bawakan komentar beberapa orang ulama berkenaan hadis solat sunat tasbih ini :

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (no:482)dan ibnu Majah (no:1386) dari jalan Abu Rafi’ yang mana dinilai sebagai hadis gharib (pelik) oleh Tirmizi sendiri.Malah berkata Ibnu al-‘Arabi pada mensyarahkan hadis Tirmizi ini dengan mengatakan bahawa ianya adalah hadis dhoif dan tidak ada asalnya pada menilainya sohih dan hasan.An-Nasaie mengatakan hadis ini matruk (ditinggalkan).( Tahqiq Tuhfatuz Zakirin Imam Syaukani oleh As-syaikh Ibrahim Al-Misri , m/s : 223 )

Ibnu Qudamah berkata: “Jika ada orang yang melakukannya maka hal tersebut tidak mengapa, karena solat nawafil dan Fadhoilul A’maal tidak disyaratkan harus dengan berlandaskan kepada hadits sahih” (Al-Mughny 2/123)

Ibnu Qudamah menukil riwayat dari Imam Ahmad bahwa tidak ada hadis sohih yang menjelaskan hal tersebut.(Al-Mughny 2/123)

Ibnuljauzi mengatakan bahwa hadits-hadits yang berkaitan dengan solat tasbih termasuk maudhu' yang diletakkan dalam kitabnya al-maudhu’aat yang dinamakan الفوائد المجموعة في الاحــاديث الموضوعة.

Berkata Al-Suyuti dalam اللآلئ daripada Ibnu Hajar : bahwa yang benar adalah seluruh riwayat hadits adalah dhaif meskipun hadits Ibnu Abbas mendekati syarat hasan, akan tetapi hadits itu syadz karena hanya diriwayatkan oleh satu orang rawi dan tidak ada hadits lain yang menguatkannya. Dan juga solat tasbih berbeza gerakannya dengan solat-solat yang lain.

As-Syaikh Al-albani pula mengatakan hadis riwayat Ibnu Abbas ini adalah dinilai sebagai sohih li-ghairihi (sohih al-targhib wa al-tarhib , no : 677)

Manakala Ibnu Uthaimin melalui risalah fatawanya menyatakan bahawa , Ibnu Taimiyah menyebut hadis-hadis yang menceritakan tentang solat tasbih adalah batil dan dusta semata.Ini kerana asal ibadah itu adalah tidak boleh dilaksanakan melainkan adanya dalil yang menyuruh untuk kita membuatnya.( Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibnu Uthaimin , juz 14 , m/s 22 , no: 895 )

Tahqiq:

Solat sunat Tasbih adalah solat yang tidak disyariatkan atas alasan :

1. Asal ibadah tidak boleh melainkan adanya dalil sohih yang menyuruh untuk dilakukan.
2. bahawa kesemua hadis yang meriwayatkan tentang solat tasbih adalah mudhtarib yang mana diperselisihkan martabat hadis tersebut oleh ulama dengan berbagai-bagai bentuk.

WA"

source: al-ahkam.net/home/inde...433f844be6

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:29 pm
Reply with quote

ni pula fatwa dlm bahasa english yg ana jumpa, syaikh solih al-Munajjid:

"Is there any valid proof for Salaat al-Tasaabeeh?
Is there a hadith that supports Salat Ul-Tasaabeeh? If so, what is the reference?

Praise be to Allaah.

There are ahaadeeth concerning Salaat al-Tasaabeeh which are attributed to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and which were classed as hasan by some of the scholars, but many scholars said that they are da’eef (weak) and that this prayer is not prescribed in Islam.

The Standing Committee was asked about Salaat al-Tasaabeeh, and they answered:

Salaat al-Tasaabeeh is a bid’ah (innovation) and the hadeeth concerning it is not proven, rather it is munkar. Some of the scholars mentioned it among the mawdoo’ (fabricated) ahaadeeth.

See Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, vol. 8, p. 163

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen said: Salaat al-Tasaabeeh is not prescribed, because the hadeeth is da’eef (weak). Imaam Ahmad said there is no sound evidence for it. Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah said it is a fabrication, and he said that none of the imaams recommended it. He (may Allaah have mercy on him) spoke the truth, because whoever examines this prayer will find that it is odd in the way it is performed … Moreover, if it were prescribed, it would have been something that was reported in many reports because of its great virtue and reward. Since there are no such reports and none of the imaams described it as being recommended, we know that it is not proven. The oddness in the way in which it is performed is as described in the hadeeth narrated concerning it, which says that it is to be performed once every day, or once every week, or once every month, or once every year, or once in a lifetime. This indicates that these reports are not sound; if it were prescribed, it would be something to be done on a regular basis, and one would not be given such a variety of options.

On this basis, people should not do this prayer. And Allaah knows best.

Fataawa Manaar al-Islam, 1/203
Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid"

source: www.islam-qa.com/en/ref/14320

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:29 pm
Reply with quote

FATHI wrote:
ni komen syaikhuna Alitantawi, jabatan hadis al-ahkam (www.al-ahkam.net):

"setakat maklumat yg ana temui, tiada galakan atau suruhan tentang solat tasbih daripada imam2 mazhab, yang ada hanya daripada ulama2 mazhab selepas imam tersebut.

begitu juga setakat yg ana tahu, hadith2 tentang solat tasbih dinilai dhaif oleh ulama2 hadith terdahulu, dan dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama hadith moden.

ini fakta yang ana temui.

persoalan amalan masyarakat, ana tak melihat kepada perlunya kita menghalang orang solat tasbih kalau sekadar dia nak solat dua rakaat dan di dalamnya ada tasbih. wallahu a'lam"

tak tepat kenyataan tu.

Ibn Al Mubaarak, Abu Dawuud , Ad Daaraqutniyy dan ramai lagi. Mereka jaguh2 hadith dan 'ilal.

Ramai bukan main 'Ulamaa' dahulu mensahih/ menghasankan hadith ini.

Sebab tu Al Haafizh Azh Zhahabiyy tawaqquf dari menghukum akan hadith solat tasbih.

وصححه جماعة من العلماء منهم أبو داوود ومسلم و الحاكم ووافقه الذهبي والنووي وابن الصلاح وابن منده والآجري والخطيب والسمعاني وابن ناصر الدين الدمشقي وآخرون كما سيأتي ، والألباني في صحيح سنن أبي داوود .

قال المنذري في كتابه الترغيب والترهيب 1 / 528 : وقد صححه جماعة ، منهم الحافظ أبو بكر الآجري ، وشيخنا أبو محمد عبد الرحيم المصري ، وشيخنا أبو الحسن المقدسي

وممن صححه أيضاً سراج الدين البلقيني ، والحافظ العلائي ، وبدر الدين الزركشي .

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:45 pm
Reply with quote

hasan disi muhaddith salaf tidak semestinya bermaksud ia tsabit kpd Nabi, bahkan maknanya luas dan termasuk juga dhaif.

jika ada khilaf dikalangan mutaqaddimun, maka kena tarjih sesama mutaqaddimun dgn menggunakan manhaj mereka. Dan stakat yg ana temui tarjih syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni yg merupakan antara penegak manhaj mutaqaddimun pada zaman ini mentarjihkan bahawa ia hadis mungkar, dan menurut syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni yg mendhaifkannya adalah dari kalangan yg lebih tinggi ilmu mereka dari kalangan salaf itu sendiri dan merupakan jaguh2 'Ilal al-Hadis, cthnya Imam 'Ali ibn Madini dan Imam Ahmad.

begitu juga dgn ulama2 salafi moden zaman ini spt Ibn Baaz, Uthaimin, al-Munajjid, al-Fauzan, Salman Aoudah, Abu Bakr Zaid turut mentarjih ianya tidak sahih, bahkan committe fatwa Lajnah Daimmah Arab Saudi agak keras sehingga menyatakn ianya bid'ah.

apapun kpd afizaex, kita dah bentangkan secara ringkas pandangan ulama' tntg hadis ini,dan terdpt khilaf antara mereka, maka terpulang kpd enta.

apa yg ana nampak, nasihat yg sangat baik diberi oleh syaikh soleh al-fauzan iaitu untuk meninggalkan solat tasbih dan menumpukan dan mengamalkan solat2 sunat yg tidak ada khilaf dari kalangan ulama' yg sangat banyak utk kita laksanakan.

wallah-hu-'alam

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 5:58 pm

Ibn Al Mubaarak tu lagi senior dari Imam Shafi'ee dan Imam Ahmad. Dia berpegang dan mengamalkan hadith tu.

Kalau taqlid itu terpuji baiklah taqlid pada Ibn Al Mubaarak dan Ad Daaraqutniyy.

Cuba buktikan bahawa bila mereka membicarakan hadith solat tasbih ini sebagai hasan mereka sebenarnya memegang bahawa ia dha'eef..

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 6:25 pm
Reply with quote

abulwafaa wrote:
FATHI wrote:
hasan disi muhaddith salaf tidak semestinya bermaksud ia tsabit kpd Nabi, bahkan maknanya luas dan termasuk juga dhaif.

jika ada khilaf dikalangan mutaqaddimun, maka kena tarjih sesama mutaqaddimun dgn menggunakan manhaj mereka. Dan stakat yg ana temui tarjih syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni yg merupakan antara penegak manhaj mutaqaddimun pada zaman ini mentarjihkan bahawa ia hadis mungkar, dan menurut syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni yg mendhaifkannya adalah dari kalangan yg lebih tinggi ilmu mereka dari kalangan salaf itu sendiri, cthnya Imam 'Ali ibn Madini dan Imam Ahmad.

begitu juga dgn ulama2 salafi moden zaman ini spt Ibn Baaz, Uthaimin, al-Munajjid, al-Fauzan, Salman Aoudah, Abu Bakr Zaid turut mentarjih ianya tidak sahih, bahkan committe fatwa Lajnah Daimmah Arab Saudi agak keras sehingga menyatakn ianya bid'ah.

apapun kpd afizaex, kita dah bentangkan secara ringkas pandangan ulama' tntg hadis ini,dan terdpt khilaf antara mereka, maka terpulang kpd enta.

apa yg ana nampak, nasihat yg sangat baik diberi oleh syaikh soleh al-fauzan iaitu untuk meninggalkan solat tasbih dan menumpukan dan mengamalkan solat2 sunat yg tidak ada khilaf dari kalangan ulama' yg sangat banyak utk kita laksanakan.

wallah-hu-'alam

Ibn Al Mubaarak tu lagi senior dari Imam Shafi'ee dan Imam Ahmad. Dia berpegang dan mengamalkan hadith tu.

Kalau taqlid itu terpuji baiklah taqlid pada Ibn Al Mubaarak dan Ad Daaraqutniyy.Cuba buktikan bahawa bila mereka membicarakan hadith solat tasbih ini sebagai hasan mereka sebenarnya memegang bahawa ia dha'eef..

perbuatan Ibn Mubarak mengamalkan solat tasbih tidak bermakna beliau mensahihkan hadis solat tasbih.

jika benar ada khilaf antara mutaqaddimun, maka kena tarjih,tarjih ini bukan semata melihat kpd senior,dan bab tarjih ini elokkah diserahkan pada mereka yg pakar dgn manhaj mutaqaddimun pada zaman ini, dan stakat ini ana menjumpai tarjih syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni yg merupakan antara penegak manhaj mutaqaddimun pada zaman ini mentarjihkan bahawa ia hadis mungkar dgn menggunakan manhaj mutaqaddimun.

begitu juga dgn ulama2 salafi moden zaman ini spt Ibn Baaz, Uthaimin, al-Munajjid, al-Fauzan, Salman Aoudah, Abu Bakr Zaid turut mentarjih ianya tidak sahih, bahkan committe fatwa Lajnah Daimmah Arab Saudi agak keras sehingga menyatakn ianya bid'ah.

begitu juga ana pernah bertanya (secara PM) kpd 2 org moderator (musyrif) Multaqa' Ahl Hadith syaikh Haitam dan Syaikh Aiman Khalid pegangan peribadi mereka, dan mereka juga pegang dhaif.

tentang maksud hadis "hasan", perlu diketahui penggunaan istilah 'hadith hasan' di sisi ulama hadith salaf tidak terhad kepada maksud yang dipakai dalam Mustolah Hadith moden semata-mata.

Ini kerana ulama salaf terutama ulama hadith telah menggunakan istilah 'hadith hasan' bukan sahaja kepada hadith yang diterima, malah menggunakannya juga untuk hadith dhaif, hadith palsu dan juga hadith yang sahih.

Hanya apabila datang zaman Ibn Solah, barula ulama yang menulis dlm kajian hadith menghadkan istilah hadith hasan kpd hadith yang kurang sedikit kedudukannya berbanding hadith sahih, tetapi masih diterima sebagai dalil.

Maka untuk menentukan maksud hadith hasan yang digunakan oleh seseorang ulama,kita perlu melihat apakah konteks penggunaannya agar kita faham maksud sebenar beliau.

apapun,dlm hal solat tasbih ni terpulang nk pgg yg mana sbb ianya khilaf. Cuma yg ana nampak nasihat yg baik oleh Syaikh Soleh al-Fauzan untuk menumpukan kpd solat2 sunat yg hadis2 nya tiada khilaf ulama.

terpulang.

wallah-hu-'alam

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
abulwafaa
Founder

Joined: Jul 09, 2008
Posts: 4962
Location: SA

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 7:06 pm
Reply with quote

Apa istimewanya tarjih yang dibuat pada zaman sekarang dibanding tarjih yang dibuat lebih 1000 tahun yg lepas ?

Imam Ad Daaraqutniyy dan tokoh2 lain tak pandai tarjih ke ?

'Ulamaa' Saudi biasanya dia ikut hukum Ibn Taimiyyah atas hadith. Kena tengok pendapat 'Ulamaa' Shaafi'iyyah dan lain2 yang kata solat ni mustahabb. Kalau ikut 'Ulamaa' Hanbali dan yang sealiran dengannya memanglah solat ini dianggap makruuh.

Kalau nak disenaraikan 'Ulamaa' Salafi moden yang kata dha'eef kena senaraikan juga mereka yang kata hasan dan sahih. Barulah adil dan seimbang.

_________________
abulwafaa.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 8:10 pm
Reply with quote

dimana Imam ad-Daraquthni mentarjihkan hadis ni? kalau dlm al-'Ilal, ble berikan nombor hadis x? jzkk

tiada satupun qaul dari Imam Mazhab empat yang menganjurkan solat sunat tasbih, yg ada hanyalah qaul ulama' mazhab selepas Imam Mazhab itu, qaul dari Imam Mazhab sendiri tiada, mafish..

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
cikgurahim
Founder

Joined: Jun 26, 2008
Posts: 5033
Location: Lumut, Perak

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 10:41 pm
Reply with quote

abulwafaa wrote:
Apa istimewanya tarjih yang dibuat pada zaman sekarang dibanding tarjih yang dibuat lebih 1000 tahun yg lepas ?

Antara kelebihan zaman sekarang dibandingkan dengan 1000 tahun yg lepas ialah pengumpulan sumber yg sgt banyak dan dalam kadar yg sgt cepat.

Jika dulu, seorang ulama perlu mengambil masa berbelas tahun untuk mengumpul seribu hadith, tetapi sekarang, seorang murid di AFN mampu mengumpul ratusan ribu hadith dalam beberapa saat sahaja.

Ulama-ulama sekarang mampu mendapatkan beribu-ribu kitab hadith dan kitab-kitab yang mentarjihkan hadith dengan mudah; hanya berada di dalam perpustakaan seperti yg dilaksanakan oleh al alBani!

Jadi, adalah munasabah, pentarjihan pada zaman sekarang lebih menepati kepada kebenaran kerana proses pentarjihan itu adalah proses yg saintifik.

Hikmah Allah jua yang memberi hak kepada ulama-ulama yg datang kemudian untuk menambah sumbangan yg telah dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu dalam memperkembangkan ilmu-ilmu Islam....

_________________
AQT (Fusysyilat)41. 33. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"?

"Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf (12): 108).

www.tvquran.com/
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
FATHI
Panel Hadith

Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Kesahihan solat tasbih?
Posted: Mon Sep 29, 2008 10:42 pm
Reply with quote

sebentar tadi ana buka Multaqa' Ahl Hadis (ENGLISH),cuba search tgk "solat tasbih", rupa-rupanya dlm Multaqa' bahasa English juga telah lama membincangkan hadis solat tasbih ini, akan tetapi ada 2 thread je sbb yg menjawb adalah dari kalangan moderator dan mrk mnjawab berdasarkan perbincangan Multaqa (ARABIC) [kalau dlm Multaqa' Arabic bab solat tasbih ni 10 thread lebih, huhu..]

Dan kesimpulan n pegangan Multaqa' Ahl Hadis (ENGLISH) juga adalah sama dgn Multaqa' (ARABIC) bahawa hadis solat tasbih ini tidak sahih dan tidak tsabit dari Nabi S.A.W

bagi yg berminat boleh ikuti perbincangan Multaqa' (ENGLISH) dlm link dibawah:

thread 1st: www.ahlalhdeeth.cc/vbe...ht=tasabih

thread 2nd:
www.ahlalhdeeth.com/vb...ght=tasbih

wallah-hu-'alam

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Qur'an dan Hadis
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next

Jump to:  

You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Toggle Content Hadith Today
Orang mukmin sejati itu bukan pencela, bukan pengutuk, bukan jahat dan bukan pula cabul (suka berkata yang tidak sopan)

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan

Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 164
Bots: 0
Total: 164
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 

   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 

The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster