| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
Pelangi


Joined: Oct 07, 2008 Posts: 316 Location: Darul Sunnah
|
Post subject: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sat Jan 09, 2010 8:55 am |
|
sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering
melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala
dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?
melayu suka enjoy2
"asalkan bahagia,ada fulus"
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu
melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana
suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak
melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"
baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?
melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
"kalau berani kacau la line kami"
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat
ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk
umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung
dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai
politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah
Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W
ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA
_________________ kemanaarahkita.blogspot.com
 |
|
| Back to top |
|
|
mfauzy


Joined: Aug 27, 2008 Posts: 4644 Location: Kuala Lumpur / Petaling Jaya
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sat Jan 09, 2010 11:14 pm |
|

Bahaya juga stereotyping begini... Wallahua'lam. Tapi saya percaya niatnya baik.
_________________ .
.
mfauzy a.k.a abu ghazi ingin menyusun jari memohon kemaafan sekiranya saya telah mengguris perasaan atau menyakiti hati mana-mana pihak sepanjang saya berforum di AFN. Saya akan "berhibernasi" seketika demi komitmen pelajaran dan akan kembali setelah urusan selesai. Mohon doakan supaya urusan saya dipermudahkan. Terima kasih. |
|
| Back to top |
|
|
serratus_anterior


Joined: Jul 19, 2008 Posts: 670
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sat Jan 09, 2010 11:29 pm |
|
betul ke semua tu melayu? ntah2 jawa bugis minang banjar kot
|
|
| Back to top |
|
|
Pelangi


Joined: Oct 07, 2008 Posts: 316 Location: Darul Sunnah
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sun Jan 10, 2010 12:31 am |
|
untuk segelintir melayu
_________________ kemanaarahkita.blogspot.com
 |
|
| Back to top |
|
|
joe-ngang


Joined: Oct 28, 2009 Posts: 364
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sun Jan 10, 2010 1:50 am |
|
Pelangi......itu syair ker lagu
Ana sokong ajelah syair ke lagu tu ke.....asal intipatinya ada kebenaran tapi bukan segelintir sahaja.......sebenarnya bergelintir banyaknya lagi
_________________ Dahulukan Ilmu dan Iman dari Akal dan Semangat |
|
| Back to top |
|
|
joe-ngang


Joined: Oct 28, 2009 Posts: 364
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sun Jan 10, 2010 1:52 am |
|
Ada tak ustaz thtl di waktu ni....
Kalau ada mohon komen / pencerahan....
_________________ Dahulukan Ilmu dan Iman dari Akal dan Semangat |
|
| Back to top |
|
|
Pelangi


Joined: Oct 07, 2008 Posts: 316 Location: Darul Sunnah
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Sun Jan 10, 2010 4:25 pm |
|
tu sajak dari sy..hehe
_________________ kemanaarahkita.blogspot.com
 |
|
| Back to top |
|
|
najib76


Joined: Aug 10, 2009 Posts: 143
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Tue Jan 12, 2010 8:37 am |
|
kalau kita tengok terjemahan "idol" bermaksud berhala.....
persoalannya , adakah rosak akidah ISLAM kita sekiranya kita menonton program Malaysia Idol ? atau program terbaru Kid Idol ??
|
|
| Back to top |
|
|
Luqyana


Joined: Nov 06, 2009 Posts: 460 Location: Selangor
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Tue Jan 12, 2010 3:21 pm |
|
Maksud idol ---> patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung...
Malaysian Idol + Kid Idol = Rancangan yang tidak memberi manfaat...
WA
_________________ ~To Him we belong, to Him we'll return~ |
|
| Back to top |
|
|
najib76


Joined: Aug 10, 2009 Posts: 143
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Tue Jan 12, 2010 3:24 pm |
|
terima kasih..
|
|
| Back to top |
|
|
bocah


Joined: Dec 21, 2009 Posts: 1126
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Tue Jan 12, 2010 3:31 pm |
|
Kalau melayu nak segar,tentunya perlukan panduan
tapi panduannya apa? bukan perlembagaan
tapi Alquran dan Assunnah..:)
|
|
| Back to top |
|
|
Pelangi


Joined: Oct 07, 2008 Posts: 316 Location: Darul Sunnah
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Fri Jan 15, 2010 5:42 pm |
|
di mana blh cari ramai Melayu ???
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
_________________ kemanaarahkita.blogspot.com
 |
|
| Back to top |
|
|
joe-ngang


Joined: Oct 28, 2009 Posts: 364
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Fri Jan 15, 2010 6:24 pm |
|
| bocah wrote: |
Kalau melayu nak segar,tentunya perlukan panduan
tapi panduannya apa? bukan perlembagaan
tapi Alquran dan Assunnah..:) |
Bocah lepas penat belajar Al -Quran dan Sunnah, kita berehat sekejap di warung pekena tongkat ali ker, ganoderma ker........boleh lah kita segar2 kan badan balik.
_________________ Dahulukan Ilmu dan Iman dari Akal dan Semangat |
|
| Back to top |
|
|
hajiustaz_drseiji


Joined: Aug 14, 2009 Posts: 2327
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Fri Jan 15, 2010 8:20 pm |
|
Dah nama me LAYU, nak segar, kenalah dgn santapan rohani, atau tukar nama me SEGAR
_________________ drseijiseimura84.blogspot.com
psstt en petronas jgn spy aku.... |
|
| Back to top |
|
|
bocah


Joined: Dec 21, 2009 Posts: 1126
|
Post subject: Re: Kenapa Melayu Tak Segar ? Posted: Fri Jan 15, 2010 8:21 pm |
|
| hajiustaz_drseiji wrote: |
| Dah nama me LAYU, nak segar, kenalah dgn santapan rohani, atau tukar nama me SEGAR | Kelakar juga Haji ni..hehe
|
|
| Back to top |
|
|
|
|