Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah
Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next  :| |:
-> Sembang-sembang umum dan Isu semasa

#1: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: alhaddad PostPosted: Mon Mar 16, 2009 2:02 am
    ----
Bismillah Assalamualaikum

Menurut hemat saya, kemusnahan terhadap maruah dan keselamatan wanita semakin hari semakin berada diambang kemusnahan termasuk muslimah solihah warisan ummah dan bakal melahirkan generasi ummah solehah utk melawan golongan sesat seperti Ahbash, Syiah, kuffar, dajjal dll. Ia akan cepat terjadi sekurang2nya dlm 4 keadaan:

a. Mendedah tubuh badan kepada umum, maka tak ubah seperti ikan goreng terdedah di depan mulut sang kucing - darjat kemusnahan paling tinggi. Kepala sang lelaki bergegar, dada berombak thunami dan nafsu jahat akan sibuk merancang2 sedang syaitan segera menyediakan kenderaan...itu jika sang lelaki tidak beriman.

Alternatif: Pakai pakaian sempurna tutup aurat menurut ajaran syarak sebagaimana termaklum. benda-benda terdedah ni cepat rosak dan mudah dihurung langau lalu diberaknya.

b. apabila hilang rasa malu lalu tanpa segan silu dan silannya segera menjalinkan hubungan mungkar atas nama cinta terhadap seorang lelaki ajnabi, lalu terjadilah dating-mendating, couple-mengcouple..last2 jadi lupa bahawa dosa tetap dosa, punah tetap punah walau kopiah jenama sunnah..sedang syaitan bersorak meriah.

Alternatif: Tidak perlu menjalinkan hubungan cinta dan tidak mustahak. kalau minat sgt kawin terus. Kl tak mampu relekk...sgt serabutkan kepala dgn org lain yg tak dak kena mengena dgn hidup kita. Kalau teruskan bodohlah namanya.

c. apabila org tua terlalu menjunjung adat dan alpa tentang maslahah anak wanitanya yg sedia dipertanggungjawabkan kepada lelaki solehah dgn berbagai alasan spt: anak aku masih belajo yopp..sedang ditempat belajo anak kamu selalu keja kejor. Atau tunggu biar habis belajo..tanpa dia tahu duit anaknya habis keluor krn datting. Dalam bab ini Nabi saw berpesan:

"Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redhai akan keagamaan dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dgn anak perempuan kamu) Riwayat Abu Daud - Hasan.

Belajor ker, baru kerja ker..itu nombor 20. yg penting maruah dia. Rezeki pemberian Allah bukan manusia. Itulah pentingnya aqidah bukan pandangan manusia atau adat bangsa.

Alternatif: Jika ada pasangan sudah berkenan, siang malam tak leh tidur, mata dah naik sawan, makan dah mula 2-3 pinggan, maka sang lelaki kena jadi gentleman dan hero superman. pergi jumpa mak bapak dia, cakap elok2 minta nak kawin kalau berani. Kalau tak berani, ajak org yg mak bapak dia malu dan pandai bercakap..minta dihalalkan hubungan dulu, kenduri kemudian misal lepas habis belajar atau akan diadakan tahun 2090 esok esok.

d. apabila terlalu memilih jodoh mengikut skima hati bukan ajaran Nabi. Lama-lama umur bertambah dari kepala 20-an menjadi 30-an, last-last 40-an..krn terlalu menanti.

Alternatif: Berdasarkan hadis di atas tadi, jika menepati skima ajaran Nabi saw, terima sajalah walau pun yg menawarkan diri itu sudah berumah tangga, bendol, pintu, tingkap, gelegar dll. Drp membujang dan menjawab soalan org: Bila nak kawin? Bila nak makan nasi minyak, nasi berani, nasi takut dll? Tak ke serabut perut dibuatnya? Jgn rasa terhina w/p menjadi madu krn madu asalnya manis kecuali apabila sengaja dicampur cuka atau hempedu gajah..pahitlah dia.

Si lelaki pulak, kl dah duit banyak lagi berkemampuan tidak kirala umur berapa pun walau masuk 70-an, kl nak berpoligami tak perlu tunjuk lagak riuh sana riuh sini. diam2 saja sudah lah. tak perlu bagi tau pun kepada isteri pertama krn tak dak syarat dari hukum syarak. kl beritahu tiadalah maslahah. Demi maslahah supaya tidak timbul pergaduhan atau WWF sesama bini, Nabi saw sendiri ada memberitahu:

" Seseorang itu haram berbohong kecuali dua perkara: (pertama) berbohongnya suami terhadap isteri atau sebaliknya (kerana maslahah), (kedua) seseorang berbohong kerana hendak mendamaikan dua pihak yang berselisih." Hadis sahih - riwayat an-Nasai.

Jadi, selamatlah rumahtangga cap papan ke atau cap simen ke kalau bijak. Kalau sengaja mempercecahkan tembelangnya..itu tanggung sendiri la. Nabi saw pun tidak jamin kl tidak bijak. Masa nyawa masih hidup, pandai2 la berlakon P.Ramlee, kl dah mati, peduli apa org atas kubur, yg mustahak hal kita yg di dalam kubur.

Kemudian satu cara lagi supaya mudah dapat suami ialah wanita itun jgn malu-malu tawarkan diri kepada lelaki yg benar-benar difikirkan menepati ciri-ciri kesolehan aqidah dan ibadah w/p suami org, tak apa, tidak salah dan tidak haram. Itu hak anda krn lelaki ada 4 lesen memiliki wanita. So selagi lesen belum luak, rebut jer la. apa nak malu? org berzina tidak malu namanya dicatat dalam akhbar, inikan pula perihal kebenaran dan hak. berapa banyak wanita zaman Nabi menawarkan diri utk bekahwin dgn Nabi saw.

Para wali mujbir pula jgn segan-segan tawarkan anak perempuannya kepada mana-mana bakal menantu yg dinilai soleh dan bertanggungjawab walau pun masing-masing masih sama-sama belajar, apalagi kalau sudah berkerja kalau dilihat maslahah kawin segera itu penting. Malah ia lebih penting diuruskan dari menunggu habis belajar. jangan takut rezeki..Allah dah janji akan menolong org2 yg berkahwin ini.


d. Wanita itu sendiri tidak menolong wanita iaitu tidak membenarkan suaminya diambil atau dimiliki oleh wanita lain hatta rakan rapat setidur sebantal semakan seperiuk seminum setempayan masa kat U dulu atau mana-mana kolej. Yg sama-sama menangis melolong satu ketika dulu krn kena kejor anjing. Kini dia makan 'ayam kentucky' sorang-sorang, sedang kawannya rapatnya dulu dok tengok dia makan sorang2..haram tak pelawa! "'Ayam kentucky" tu cukup jer kalau 3 org lagi nak share makan sama-sama.

Alternatif: Jadilah wanita prihatin terhadap nasib kawan2. Pelawalah dia jadi rakan kongsi suami bersama walau pun rumah lain-lain. Buanglah rasa hubbu dunia (terlalu materialistik), cemburu melampau, jgn dengar sangat bisikan negatif org, pedulikan apa org nak kata...yg penting JIHAD AKBAR (jihad besara) ini utk melahirkan generasi al-Quran yang unik dapat dilangsungkan.

Si suami pulak...tu diaa..asyik tersengih jer dari tadi...kl dah isteri berkorban begitu besar dlm hidup spt itu jgn jadi musang berjanggut pulak. Berlaku adillah, imbanglah tanggungjawab dan bersederhanalah dlm apa jua aspek. Madu-madu juga harus begitu. Ringankanlah beban suami dan fokuskanlah matlamat jihad.

Sipakah yg akan menyelamatkan wanita muslimah solehah ini kalau tidak muslimin dan muslimat itu sendiri? Ukurlah keimanan kita hari ini dlm menyelesaikan isu nisbah wanita 50:1 lelaki spt yg disebut Nabi saw dlm hadis riwayat al-Bukhari itu. Ayuh, bangkit dan berubahlah demi masa depan ummat yang solehah, bukan utk nafsu tolehah.

Sekian, demikianlah adanya.

#2: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: ibnuabbasLocation: Kuantan,Pahang PostPosted: Mon Mar 16, 2009 3:28 am
    ----
"Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redhai akan keagamaan dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dgn anak perempuan kamu) Riwayat Abu Daud - Hasan.

Hadis ni rasa macam xlengkap je. Ke memang macam ni mengikut riwayat Abu Daud. Rasa ada lagi sikit

#3: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: ummu_wijdan PostPosted: Mon Mar 16, 2009 8:58 am
    ----
penulis artikel terlupa nak memasukkan tentang wanita2 yg sudah hilang keinginan utk berkahwin, maka apakah alternatif untuk menyelamatkan maruah mereka? perlu diingat, zaman sekarang ni, tak sedikit wanita2 solehah yg sudah merasa tidak ingin bersuami tetapi sangat inginkan anak..

wanita jenis apakah mereka? tidak solehah kah mereka? tidak.. mereka sgt2 menjaga batasan agama.. namun, kenapakah ini yg semakin berkembang? apakah solusi nya?

#4: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: thtlLocation: Sbg Jaya SEL PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:02 am
    ----
nur,

ada juga muslimah yg nak sangat anak, tapi tak mahu kawin....

ni mmg tak boleh selesai punya....

nak ikan, tak mahu ke pasor,

tak nak lapar, tapi tak mahu makan...

nak pandai, tapi segan nak belajor...

nak anak, tapi tak mahu kawin....??!

mmg CPU dah rosak daa...

#5: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: abdullah_ameenLocation: taboh naning(melaka)-kangar(perlis) PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:05 am
    ----
nur_izzah wrote:
penulis artikel terlupa nak memasukkan tentang wanita2 yg sudah hilang keinginan utk berkahwin, maka apakah alternatif untuk menyelamatkan maruah mereka? perlu diingat, zaman sekarang ni, tak sedikit wanita2 solehah yg sudah merasa tidak ingin bersuami tetapi sangat inginkan anak..

wanita jenis apakah mereka? tidak solehah kah mereka? tidak.. mereka sgt2 menjaga batasan agama.. namun, kenapakah ini yg semakin berkembang? apakah solusi nya?

Assalamualaikum

boleh tau mengapa mereka tidak ingin berkahwin? ada pengalaman buruk dengan lelaki ke? fobia?

#6: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: ummu_wijdan PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:10 am
    ----
bos,

kadang2 kita tak perlu pun ke pasar kan kalau nak beli ikan.. sama ada boleh kirim kat member yg juga turut ke pasar.. atau kalau adik saya, beliau online aje.. hehe

** CPU dah rosak? ishk, ganaz sangat tuh.. soalan tambahan.. takpe ke kalau awal2 lagi dah pasang niat tak nak kawen? so kalau ada pinangan yg datang, maka ditolak tanpa rasa bersalah.. apa pandangan islam terhadap golongan ini?

#7: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: thtlLocation: Sbg Jaya SEL PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:27 am
    ----
Nabi tak ngaku umat dia...

itu sunnah padri dan tok cha (sami) hehehe

mafhum hadith:

"sapa yg benci akan sunnahku (perkahwinan), bukanlah ia dari golongan aku"

faman raghiba 'an sunnati, falaisa minni

#8: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: tasniemLocation: Kedah & KL PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:29 am
    ----
boleh tau mengapa mereka tidak ingin berkahwin? ada pengalaman buruk dengan lelaki ke? fobia?[/quote]

kemungkinan juga....

cuba lihat dizaman skrg nie (mungkin tak semua)... mencari lelaki yang bertanggungjawab...(maaf)... kadang2 saya sendiri pun ada berfikiran juga (mungkin sebab saya selalu handle maslah ibu2 tunggal & tinggal kot)
Sweat Drop huh!! banyaknya perkataan mungkin... Very Happy

#9: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: thtlLocation: Sbg Jaya SEL PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:35 am
    ----
fenomena enggan kawin ni adalah fenomena global.. diBarat, mereka menolak perkahwinan kerana perkahwinan ialah ikatana keagamaan, sedangkan keperluan seks boleh didapati dgn mudah di Barat tanpa perlu melalui ikatan perkahwinan...orang putih menolak perkahwinan kerana mereka ada alternatif. Jika perlu anak, mereka cuma perlu ke bank seperma dan memilih mana-mana mani yg disukainya...mereka juga boleh menyewa rahim...

kita umat Islam? apa manhaj kita, kalau umat islam tolak perkahwinan?

#10: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: shiha PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:44 am
    ----
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

#11: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: zayed PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:49 am
    ----
shiha wrote:
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

lelaki yg baik, bertanggungjawab semua, beriman dah kawin. jadi, wanita yg baik kena lah bagi husband kawin lagi satu.... Censored Censored

#12: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: AliuddinLocation: Mahalah Gombak Selatan PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:50 am
    ----
shiha wrote:
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

Jangan la putus harapan...

Mukminah x pernah putus harapan dan rahmat Allah btul? Ada lelaki2 soleh 'in the making' di luar sana. Jangan risau daaa.... doa bnyk2.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.

#13: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: maverich PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:52 am
    ----
muslimin2 AFN kena consider polygyny utk selamatkan muslimah solehah

#14: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: tasniemLocation: Kedah & KL PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:53 am
    ----
shiha wrote:
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

betul2 tue kak shiha...terlalu mengerikan

#15: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Author: abdullah_ameenLocation: taboh naning(melaka)-kangar(perlis) PostPosted: Mon Mar 16, 2009 10:56 am
    ----
tasniem wrote:
shiha wrote:
er.. mungkin depa muslimah nak kata...

"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."

betul2 tue kak shiha...terlalu mengerikan

Assalamualaikum

ana masih tidak faham, part mana yang mengerikan tu?

setuju tak kalau ana kata alternatifnya adalah poligami? maksud ana berkahwin dengan lelaki yang dah terbukti kesolehannya :-)



-> Sembang-sembang umum dan Isu semasa

All times are GMT + 8 Hours

Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next  :| |:
Page 1 of 6