Selamatkanlah Wanita Muslimah SolehahBerkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6 Next
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
alhaddad


Joined: Mar 14, 2009 Posts: 26
|
Post subject: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 2:02 am |
|
Menurut hemat saya, kemusnahan terhadap maruah dan keselamatan wanita semakin hari semakin berada diambang kemusnahan termasuk muslimah solihah warisan ummah dan bakal melahirkan generasi ummah solehah utk melawan golongan sesat seperti Ahbash, Syiah, kuffar, dajjal dll. Ia akan cepat terjadi sekurang2nya dlm 4 keadaan:
a. Mendedah tubuh badan kepada umum, maka tak ubah seperti ikan goreng terdedah di depan mulut sang kucing - darjat kemusnahan paling tinggi. Kepala sang lelaki bergegar, dada berombak thunami dan nafsu jahat akan sibuk merancang2 sedang syaitan segera menyediakan kenderaan...itu jika sang lelaki tidak beriman.
Alternatif: Pakai pakaian sempurna tutup aurat menurut ajaran syarak sebagaimana termaklum. benda-benda terdedah ni cepat rosak dan mudah dihurung langau lalu diberaknya.
b. apabila hilang rasa malu lalu tanpa segan silu dan silannya segera menjalinkan hubungan mungkar atas nama cinta terhadap seorang lelaki ajnabi, lalu terjadilah dating-mendating, couple-mengcouple..last2 jadi lupa bahawa dosa tetap dosa, punah tetap punah walau kopiah jenama sunnah..sedang syaitan bersorak meriah.
Alternatif: Tidak perlu menjalinkan hubungan cinta dan tidak mustahak. kalau minat sgt kawin terus. Kl tak mampu relekk...sgt serabutkan kepala dgn org lain yg tak dak kena mengena dgn hidup kita. Kalau teruskan bodohlah namanya.
c. apabila org tua terlalu menjunjung adat dan alpa tentang maslahah anak wanitanya yg sedia dipertanggungjawabkan kepada lelaki solehah dgn berbagai alasan spt: anak aku masih belajo yopp..sedang ditempat belajo anak kamu selalu keja kejor. Atau tunggu biar habis belajo..tanpa dia tahu duit anaknya habis keluor krn datting. Dalam bab ini Nabi saw berpesan:
"Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redhai akan keagamaan dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dgn anak perempuan kamu) Riwayat Abu Daud - Hasan.
Belajor ker, baru kerja ker..itu nombor 20. yg penting maruah dia. Rezeki pemberian Allah bukan manusia. Itulah pentingnya aqidah bukan pandangan manusia atau adat bangsa.
Alternatif: Jika ada pasangan sudah berkenan, siang malam tak leh tidur, mata dah naik sawan, makan dah mula 2-3 pinggan, maka sang lelaki kena jadi gentleman dan hero superman. pergi jumpa mak bapak dia, cakap elok2 minta nak kawin kalau berani. Kalau tak berani, ajak org yg mak bapak dia malu dan pandai bercakap..minta dihalalkan hubungan dulu, kenduri kemudian misal lepas habis belajar atau akan diadakan tahun 2090 esok esok.
d. apabila terlalu memilih jodoh mengikut skima hati bukan ajaran Nabi. Lama-lama umur bertambah dari kepala 20-an menjadi 30-an, last-last 40-an..krn terlalu menanti.
Alternatif: Berdasarkan hadis di atas tadi, jika menepati skima ajaran Nabi saw, terima sajalah walau pun yg menawarkan diri itu sudah berumah tangga, bendol, pintu, tingkap, gelegar dll. Drp membujang dan menjawab soalan org: Bila nak kawin? Bila nak makan nasi minyak, nasi berani, nasi takut dll? Tak ke serabut perut dibuatnya? Jgn rasa terhina w/p menjadi madu krn madu asalnya manis kecuali apabila sengaja dicampur cuka atau hempedu gajah..pahitlah dia.
Si lelaki pulak, kl dah duit banyak lagi berkemampuan tidak kirala umur berapa pun walau masuk 70-an, kl nak berpoligami tak perlu tunjuk lagak riuh sana riuh sini. diam2 saja sudah lah. tak perlu bagi tau pun kepada isteri pertama krn tak dak syarat dari hukum syarak. kl beritahu tiadalah maslahah. Demi maslahah supaya tidak timbul pergaduhan atau WWF sesama bini, Nabi saw sendiri ada memberitahu:
" Seseorang itu haram berbohong kecuali dua perkara: (pertama) berbohongnya suami terhadap isteri atau sebaliknya (kerana maslahah), (kedua) seseorang berbohong kerana hendak mendamaikan dua pihak yang berselisih." Hadis sahih - riwayat an-Nasai.
Jadi, selamatlah rumahtangga cap papan ke atau cap simen ke kalau bijak. Kalau sengaja mempercecahkan tembelangnya..itu tanggung sendiri la. Nabi saw pun tidak jamin kl tidak bijak. Masa nyawa masih hidup, pandai2 la berlakon P.Ramlee, kl dah mati, peduli apa org atas kubur, yg mustahak hal kita yg di dalam kubur.
Kemudian satu cara lagi supaya mudah dapat suami ialah wanita itun jgn malu-malu tawarkan diri kepada lelaki yg benar-benar difikirkan menepati ciri-ciri kesolehan aqidah dan ibadah w/p suami org, tak apa, tidak salah dan tidak haram. Itu hak anda krn lelaki ada 4 lesen memiliki wanita. So selagi lesen belum luak, rebut jer la. apa nak malu? org berzina tidak malu namanya dicatat dalam akhbar, inikan pula perihal kebenaran dan hak. berapa banyak wanita zaman Nabi menawarkan diri utk bekahwin dgn Nabi saw.
Para wali mujbir pula jgn segan-segan tawarkan anak perempuannya kepada mana-mana bakal menantu yg dinilai soleh dan bertanggungjawab walau pun masing-masing masih sama-sama belajar, apalagi kalau sudah berkerja kalau dilihat maslahah kawin segera itu penting. Malah ia lebih penting diuruskan dari menunggu habis belajar. jangan takut rezeki..Allah dah janji akan menolong org2 yg berkahwin ini.
d. Wanita itu sendiri tidak menolong wanita iaitu tidak membenarkan suaminya diambil atau dimiliki oleh wanita lain hatta rakan rapat setidur sebantal semakan seperiuk seminum setempayan masa kat U dulu atau mana-mana kolej. Yg sama-sama menangis melolong satu ketika dulu krn kena kejor anjing. Kini dia makan 'ayam kentucky' sorang-sorang, sedang kawannya rapatnya dulu dok tengok dia makan sorang2..haram tak pelawa! "'Ayam kentucky" tu cukup jer kalau 3 org lagi nak share makan sama-sama.
Alternatif: Jadilah wanita prihatin terhadap nasib kawan2. Pelawalah dia jadi rakan kongsi suami bersama walau pun rumah lain-lain. Buanglah rasa hubbu dunia (terlalu materialistik), cemburu melampau, jgn dengar sangat bisikan negatif org, pedulikan apa org nak kata...yg penting JIHAD AKBAR (jihad besara) ini utk melahirkan generasi al-Quran yang unik dapat dilangsungkan.
Si suami pulak...tu diaa..asyik tersengih jer dari tadi...kl dah isteri berkorban begitu besar dlm hidup spt itu jgn jadi musang berjanggut pulak. Berlaku adillah, imbanglah tanggungjawab dan bersederhanalah dlm apa jua aspek. Madu-madu juga harus begitu. Ringankanlah beban suami dan fokuskanlah matlamat jihad.
Sipakah yg akan menyelamatkan wanita muslimah solehah ini kalau tidak muslimin dan muslimat itu sendiri? Ukurlah keimanan kita hari ini dlm menyelesaikan isu nisbah wanita 50:1 lelaki spt yg disebut Nabi saw dlm hadis riwayat al-Bukhari itu. Ayuh, bangkit dan berubahlah demi masa depan ummat yang solehah, bukan utk nafsu tolehah.
Sekian, demikianlah adanya.
|
|
| Back to top |
|
|
ibnuabbas


Joined: Dec 26, 2008 Posts: 613 Location: Kuantan,Pahang
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 3:28 am |
|
"Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redhai akan keagamaan dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dgn anak perempuan kamu) Riwayat Abu Daud - Hasan.
Hadis ni rasa macam xlengkap je. Ke memang macam ni mengikut riwayat Abu Daud. Rasa ada lagi sikit
_________________ Nick dulu - Pemudatua.
My Personal Page - @LiM Muj@Hid
Saya agak sibuk dengan kerja2 luar. Maaf jika xdapat online selalu. |
|
| Back to top |
|
|
ummu_wijdan


Joined: Jul 15, 2008 Posts: 3193
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 8:58 am |
|
penulis artikel terlupa nak memasukkan tentang wanita2 yg sudah hilang keinginan utk berkahwin, maka apakah alternatif untuk menyelamatkan maruah mereka? perlu diingat, zaman sekarang ni, tak sedikit wanita2 solehah yg sudah merasa tidak ingin bersuami tetapi sangat inginkan anak..
wanita jenis apakah mereka? tidak solehah kah mereka? tidak.. mereka sgt2 menjaga batasan agama.. namun, kenapakah ini yg semakin berkembang? apakah solusi nya?
|
|
| Back to top |
|
|
thtl


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 20521 Location: Sbg Jaya SEL
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:02 am |
|
nur,
ada juga muslimah yg nak sangat anak, tapi tak mahu kawin....
ni mmg tak boleh selesai punya....
nak ikan, tak mahu ke pasor,
tak nak lapar, tapi tak mahu makan...
nak pandai, tapi segan nak belajor...
nak anak, tapi tak mahu kawin....??!
mmg CPU dah rosak daa...
_________________ *Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN* |
|
| Back to top |
|
|
abdullah_ameen


Joined: Jun 29, 2008 Posts: 3975 Location: taboh naning(melaka)-kangar(perlis)
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:05 am |
|
| nur_izzah wrote: |
penulis artikel terlupa nak memasukkan tentang wanita2 yg sudah hilang keinginan utk berkahwin, maka apakah alternatif untuk menyelamatkan maruah mereka? perlu diingat, zaman sekarang ni, tak sedikit wanita2 solehah yg sudah merasa tidak ingin bersuami tetapi sangat inginkan anak..
wanita jenis apakah mereka? tidak solehah kah mereka? tidak.. mereka sgt2 menjaga batasan agama.. namun, kenapakah ini yg semakin berkembang? apakah solusi nya? |
boleh tau mengapa mereka tidak ingin berkahwin? ada pengalaman buruk dengan lelaki ke? fobia?
_________________ - al-fakir ila Rabbihi -
Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani] |
|
| Back to top |
|
|
ummu_wijdan


Joined: Jul 15, 2008 Posts: 3193
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:10 am |
|
bos,
kadang2 kita tak perlu pun ke pasar kan kalau nak beli ikan.. sama ada boleh kirim kat member yg juga turut ke pasar.. atau kalau adik saya, beliau online aje.. hehe
** CPU dah rosak? ishk, ganaz sangat tuh.. soalan tambahan.. takpe ke kalau awal2 lagi dah pasang niat tak nak kawen? so kalau ada pinangan yg datang, maka ditolak tanpa rasa bersalah.. apa pandangan islam terhadap golongan ini?
|
|
| Back to top |
|
|
thtl


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 20521 Location: Sbg Jaya SEL
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:27 am |
|
Nabi tak ngaku umat dia...
itu sunnah padri dan tok cha (sami) hehehe
mafhum hadith:
"sapa yg benci akan sunnahku (perkahwinan), bukanlah ia dari golongan aku"
faman raghiba 'an sunnati, falaisa minni
_________________ *Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN* |
|
| Back to top |
|
|
tasniem


Joined: Jan 19, 2009 Posts: 1402 Location: Kedah & KL
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:29 am |
|
boleh tau mengapa mereka tidak ingin berkahwin? ada pengalaman buruk dengan lelaki ke? fobia?[/quote]
kemungkinan juga....
cuba lihat dizaman skrg nie (mungkin tak semua)... mencari lelaki yang bertanggungjawab...(maaf)... kadang2 saya sendiri pun ada berfikiran juga (mungkin sebab saya selalu handle maslah ibu2 tunggal & tinggal kot)
huh!! banyaknya perkataan mungkin...
_________________ Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu |
|
| Back to top |
|
|
thtl


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 20521 Location: Sbg Jaya SEL
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:35 am |
|
fenomena enggan kawin ni adalah fenomena global.. diBarat, mereka menolak perkahwinan kerana perkahwinan ialah ikatana keagamaan, sedangkan keperluan seks boleh didapati dgn mudah di Barat tanpa perlu melalui ikatan perkahwinan...orang putih menolak perkahwinan kerana mereka ada alternatif. Jika perlu anak, mereka cuma perlu ke bank seperma dan memilih mana-mana mani yg disukainya...mereka juga boleh menyewa rahim...
kita umat Islam? apa manhaj kita, kalau umat islam tolak perkahwinan?
_________________ *Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN* |
|
| Back to top |
|
|
shiha


Joined: Jul 26, 2008 Posts: 3444
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:44 am |
|
er.. mungkin depa muslimah nak kata...
"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..."
_________________ لم تعش حتى تموت..... |
|
| Back to top |
|
|
zayed


Joined: Aug 03, 2008 Posts: 588
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:49 am |
|
| shiha wrote: |
er.. mungkin depa muslimah nak kata...
"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..." |
lelaki yg baik, bertanggungjawab semua, beriman dah kawin. jadi, wanita yg baik kena lah bagi husband kawin lagi satu....
|
|
| Back to top |
|
|
Aliuddin


Joined: Nov 12, 2008 Posts: 1336 Location: Mahalah Gombak Selatan
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:50 am |
|
| shiha wrote: |
er.. mungkin depa muslimah nak kata...
"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..." |
Jangan la putus harapan...
Mukminah x pernah putus harapan dan rahmat Allah btul? Ada lelaki2 soleh 'in the making' di luar sana. Jangan risau daaa.... doa bnyk2.
Sekali air bah, sekali pantai berubah.
|
|
| Back to top |
|
|
maverich


Joined: Aug 04, 2008 Posts: 1634
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:52 am |
|
muslimin2 AFN kena consider polygyny utk selamatkan muslimah solehah
|
|
| Back to top |
|
|
tasniem


Joined: Jan 19, 2009 Posts: 1402 Location: Kedah & KL
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:53 am |
|
| shiha wrote: |
er.. mungkin depa muslimah nak kata...
"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..." |
betul2 tue kak shiha...terlalu mengerikan
_________________ Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu |
|
| Back to top |
|
|
abdullah_ameen


Joined: Jun 29, 2008 Posts: 3975 Location: taboh naning(melaka)-kangar(perlis)
|
Post subject: Re: Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah Posted: Mon Mar 16, 2009 10:56 am |
|
| tasniem wrote: |
| shiha wrote: |
er.. mungkin depa muslimah nak kata...
"NI SEMUA SEBAB LELAKILAH NIH. KALAU SEMUA/BANYAK LELAKI YG BERIMAN DAN TAK MEMPERMAINKAN PEREMPUAN DAN TAK LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI YG SOLEH, MAKA KAMIPUN DGN SENANG HATI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN SEKARANG NI TERLALU MENGERIKAN..." |
betul2 tue kak shiha...terlalu mengerikan |

ana masih tidak faham, part mana yang mengerikan tu?
setuju tak kalau ana kata alternatifnya adalah poligami? maksud ana berkahwin dengan lelaki yang dah terbukti kesolehannya :-)
_________________ - al-fakir ila Rabbihi -
Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani] |
|
| Back to top |
|
|
|
|
All times are GMT + 8 HoursGo to page 1, 2, 3, 4, 5, 6 Next
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
Hadith Today |
Akan ada para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar tersebut) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak selagi mana mereka bersolat
-- HR. Muslim |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Web Affiliates |
Top Posters |
|
|