Community Forums
SANGGUL TINGGI
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
IbnuOmar
Beginner



Joined: May 29, 2009
Posts: 56

PostPost subject: SANGGUL TINGGI
Posted: Fri Jun 11, 2010 10:33 am
Reply with quote

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


ANA ingin minta perjelasan ttg :

1)kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid... apekah yg dimaksudkan ?

2)Tentang sanggul, biarlah kita bersederhana dalam mengamalkan Islam. Janganlah terlalu ingin "mencegah" sehingga kita seolah2 menyusahkan masyarakat. Kalau dah rambut panjang, tentulah kena ikat. Bila nak pakai tudung dengan baik tentulah ada sanggul. Takkan kita nak suruh wanita berambut pendek pula. Biarlah bersederhana lah. Jangan pakai kaedah sadd al-dhari'ah secara membuta tuli tanpa asas pengetahuan yang kukuh. (ade jawapan macam nie)

tolong cerahkan ana..


Barakallahufikum
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Pro Sunnah



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 8459

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Fri Jun 11, 2010 2:43 pm
Reply with quote

ada sesetengah hadis zaman mmg perlu ditafsir secara simbolik

tp zaman pramlee mmg ramai wanita bersanggl tinggi kan?

_________________
Saya luaran nmpk baik
Namun hanya Allah yg tahu, diri saya yg sebenar
Back to top
View user's profile
kawakib_duriyah
Panel Hadith



Joined: Dec 07, 2008
Posts: 4689

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Fri Jun 11, 2010 2:51 pm
Reply with quote

Hadith sebegini memerlukan penilaian konteks pada masa Nabi S.A.W ucapkan. Mungkin ada kaitan denga budaya Arab pada masa itu.
_________________
Kembara Makna

kembaramakna.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
saip
Banned User



Joined: Dec 28, 2009
Posts: 3703
Location: johor,malaysia

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Fri Jun 11, 2010 3:01 pm
Reply with quote

rujuk ahlul hadis pada zaman sahabat..
_________________
Beli Buku kami:

Pendakwah harus merasa kesakitan sebelum di puji.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
myway
Beginner



Joined: Nov 04, 2009
Posts: 59

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Sat Jun 12, 2010 7:17 am
Reply with quote

skrang ramai wanita memakai tudung beserta 'fake' sanggul.
tu isu yg ketara buat masa ni.

WA.
Back to top
View user's profile
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Sun Jun 13, 2010 3:39 am
Reply with quote

Soalan: Adakah sanggul arab seperti di dalam gambar ini termasuk di dalam larangan hadith nabi?

Jawapan: Segala pujian bagi Allah, serta selawat dan salam bagi junjungan kita nabi Muhammad, keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekalian.

Hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

صنفان من أهل النار من أمتي لم أرهما بعد : كاسيات عاريات مائلات مميلات على رؤوسهن مثل أسنمة البخت لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها ورجال معهم سياط مثل أذناب البقر يضربون بها عباد الله

Sabda Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam): “Dua kelompok ahli Neraka daripada umatku aku belum pernah melihatnya lagi: kasiyat (wanita-wanita yang berpakaian) namun (hakikatnya) ‘ariyat (telanjang), ma’ilat (cenderung kepada maksiat; atau berjalan lenggok; atau menyisir rambut seperti pelacur) mumilat (mengajar orang lain perbuatan maksiat mereka; atau menggoyangkan bahu; atau menyisir rambut orang lain seperti rambut pelacur); Di atas kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya; dan kaum lelaki bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, disebat dengannya hamba-hamba Allah.”
[Sahih Muslim dari riwayat Abu Hurairah]

Di dalam hadith lain: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”

Di dalam hadith lain lagi terdapat tambahan : “Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian sekian.”
[At-Tabarani dalam Al-Mujam As-Saghir hal. 232; Hadith lain tersebut dikeluarkan oleh Muslim dari riwayat Abu Hurairah. Lihat Al-Hadith As-Sahihah no. 1326]

Setelah dirujuk kepada keterangan para ulama, termasuk al-Hafiz Ibn Hajr, Imam an-Nawawi, Ibn al-Arabi, dan yang sezaman seperti Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, bolehlah diringkaskan maksud “Di atas kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta” seperti berikut:

1. Dililit atau dilitup kepala dengan kain serban atau selainnya sehingga nampak besar daripada biasa

2. Mengikat tocang atau plait (anyam) rambut dan diangkat tinggi, dan mungkin disengetkan, dengan tujuan kecantikan

3. Dibesarkan kepala atau rambut di bawah tudung dengan apa carapun sehingga kelihatan besar di dalam tudung seolah-seolah penuh dengan rambut.

4. Perempuan yang terlalu cenderung kepada kaum lelaki dan tidak merendahkan pandangan terhadap mereka.

Dikhuatiri memakai tudung seperti ini masuk dalam maksud hadith di atas.

Sekiranya rambut memang panjang, maka buatlah apa carapun asalkan tidak menonjol sangat di kepala.

Nasihat saya kepada muslimat...

Bertaqwalah kepada Allah dan berusaha agar tidak termasuk di dalam golongan-golongan yang dilaknat oleh nabi kita seperti di dalam hadith-hadith seperti ini. Kehidupan di dunia yang serba kekurangan ini tidak patut langsung diutamakan berbanding dengan kehidupan di akhirat nanti. Bersabarlah di dunia ini untuk masa yang dikira sejenak atau seklipan mata dibandingkan dengan masa selepas kita mati dan berdepan dengan hakikat Hari Akhirat.

Sekiranya kamu tidak bertudung, atau tidak berpakaian menurut syara', tidak lain kerana untuk menzahirkan diri sebagai cantik, dan mungkin untuk keselesaan. Tetapi kenapa tidak bersabar sejenak di dunia untuk menikmati kehidupan yang serba sempurna dan lengkap di Syurga, di mana kecantikan dan keselesaan adalah di tahap maksima, malah keseronokannya tidak terbayang oleh fikiran kita sekarang!

Fikirkanlah...!

abukhadeejah.blogspot....ti-di.html
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
myway
Beginner



Joined: Nov 04, 2009
Posts: 59

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Sun Jun 13, 2010 3:54 am
Reply with quote

klu seorg wanita tu pakai tudung yg agak besar saiznya,
xkira pjg mane pon rambutnya (even takat lutut) masih boleh diikat dgn kemas dan disimpan tanpa menunjukkan bonggol yg terlalu tinggi.
sbb 'sudut' ikatan rambutnya adlh berbeza dgn mereka2 yg sengaja buat.

tp klu saiz tudngnya kecik dan cukup2 je..tu yg timbul masalah bonggol. masalah nk simpan rambut.

dan skrang ramai pulak yg tambah fake bun (sanggul tiruan) didalam tudung utk menampakkan rambutnya tinggi dan seterusnya secara x langsung utk berniat berhias diri.

jst my 1cent.
Back to top
View user's profile
kawakib_duriyah
Panel Hadith



Joined: Dec 07, 2008
Posts: 4689

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Sun Jun 13, 2010 4:03 am
Reply with quote

Bagi pihak lelaki, boleh dikatakan ramai lelaki yang menyukai wanita yang berambut panjang. Jadi, dengan membuat sanggul tinggi itu adalah untuk menunjuk-nunjukkan kepada kaum lelaki tentang rambut mereka yang panjang. Ada lelaki bersetuju dengan pendapat saya ini? Atau ada lelaki yang suka perempuan berambut pendek atau botak? hehehe

Mungkin ini maksud Nabi S.A.W . Mungkin...

_________________
Kembara Makna

kembaramakna.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
IbnuOmar
Beginner



Joined: May 29, 2009
Posts: 56

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Sun Jun 13, 2010 7:40 am
Reply with quote

bagaimana soalan ana no 1?
menungang sambil duduk dipelana...?means?
Back to top
View user's profile
AbuAbrisam
Ahli Setia



Joined: Jan 13, 2010
Posts: 2720

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 6:39 am
Reply with quote

adakah sanggul tinggi yang dimaksudkan seperti ini?



SEKADAR GAMBAR HIASAN YE....

_________________


Last edited by AbuAbrisam on Tue Jul 13, 2010 6:57 am; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile
Abu_Imran
Pro Sunnah



Joined: Jan 28, 2010
Posts: 6735
Location: KL

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 6:55 am
Reply with quote

abuabrisam... elok letak perkataan " sekadar gambar hiasan " pada gambar tu hehehehhehe
_________________
Mencari Ilmu Tiada Penghujung
Back to top
View user's profile Send e-mail
AbuAbrisam
Ahli Setia



Joined: Jan 13, 2010
Posts: 2720

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 6:56 am
Reply with quote

Fauzisalamz wrote:
abuabrisam... elok letak perkataan " sekadar gambar hiasan " pada gambar tu hehehehhehe


eh...ye tak ye juga ye...hehe Great

_________________
Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 7:06 am
Reply with quote

memang benar, kelihatan seperti bonggol-bonggol unta...tak cantik pun, macam pelik dan macam baru 1st time pakai tudung...

kekadang saya tengok macam ahli sihir zaman pertengahan pun ada....hehe.

takyah la sanggul meninggi keatas, biarlah sanggul di belakang, lebih gracious and charismatic...

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
Sir
Auto Expert



Joined: Jul 29, 2008
Posts: 3623

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 7:06 am
Reply with quote

IbnuOmar wrote:
bagaimana soalan ana no 1?
menungang sambil duduk dipelana...?means?

Kuda-kuda hebat bernama Merc, BMW, Audi, Nissan, Honda, Toyota, Ford ...

_________________
LAAILAAHAILLALLAAH ...
Remember this - "A Setback Is a Setup for a Comeback!!"
Back to top
View user's profile
Muhammady7
Pro Sunnah



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 6957
Location: Marching towards the Big Apple....

PostPost subject: Re: SANGGUL TINGGI
Posted: Tue Jul 13, 2010 7:49 am
Reply with quote

Sekarang ni siap dijual sanggul untuk meninggikan tudung tu,wallahul musta'an..

_________________
Dalam pemerhatian
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk seseorang yang baik.

-- HR. Ahmad dan Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 167
Bots: 0
Total: 167
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster