Community Forums
[NIKAH] Hukum Menduakan tunang *
Kemukakan soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh di sini.
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page     Forum IndexFiqh
View previous topic :: View next topic  
Author Message
wansyafiq
Student L1



Joined: Nov 20, 2009
Posts: 176
Location: Tronoh - Klang

PostPost subject: [NIKAH] Hukum Menduakan tunang *
Posted: Sat May 01, 2010 4:34 am
Reply with quote

Assalamualaikum

al-kisah, ada seorang kenalan saya yang ditunangkan oleh ibunya tanpa kerelaannya. kemudian kerana tidak suka dia "lari" ke UK sambung belajar disana. Malah dia meletakkan tempoh tunangan selama 2 tahun kerana x suka dia ditunangkan oleh orang yang dia tidak kenal.

sekarang di UK dia punya kenalan baru dan dia suka akan lelaki tersebut.

Persoalan 1: adakah perempuan itu berdosa kerana menduakan tunang yang dia x suka?

Persoalan 2: adakah kenalan baru perempuan itu (lelaki di UK) berdosa juga kerana dia sudah tau perempuan itu tunang orang tapi gatal nak kt perempuan itu juga.

mohon pencerahan.

tengkiu.

_________________
"Innama al-Ilmu bi ta'allum"
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
hubahuba23
Student L4



Joined: May 16, 2009
Posts: 711
Location: N9

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 5:14 am
Reply with quote

apsal tak tolak aja tunangan yg x disukai tu?
_________________
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Game Islamik!

The Pandan Lodge - Budget Stay at Heritage City
Back to top
View user's profile
wansyafiq
Student L1



Joined: Nov 20, 2009
Posts: 176
Location: Tronoh - Klang

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 5:20 am
Reply with quote

urm.. kena paksa ngan mak kata nya.
_________________
"Innama al-Ilmu bi ta'allum"
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
hubahuba23
Student L4



Joined: May 16, 2009
Posts: 711
Location: N9

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 5:37 am
Reply with quote

kena tgk dari segi apa tunang dia tu tak disukai...
sebab akhlaknya ke,
sebab hartanya ke,
atau sebab sebab lain?

ibu bapa pulak paksa mesti ada sebab juga kan? takkan suka2 je nak paksa suruh anak kahwin...

_________________
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Game Islamik!

The Pandan Lodge - Budget Stay at Heritage City
Back to top
View user's profile
wansyafiq
Student L1



Joined: Nov 20, 2009
Posts: 176
Location: Tronoh - Klang

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 5:42 am
Reply with quote

menurut beliau itu, dia xkenal pun siapa tunang nya. dia ditunangkan sebab mak dia berkenan kat laki tu. mungkin perempuan ni x berani nak melawan mak dia so dia terima jela dengan terpaksa. ini je kot informasi yang saya tahu. huhuhu
_________________
"Innama al-Ilmu bi ta'allum"
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
saip
Banned User



Joined: Dec 28, 2009
Posts: 3703
Location: johor,malaysia

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 5:56 am
Reply with quote

xpayah sembunyi2 kalau xsuka! nampak sangat kecurangan terserlah...apa lah
_________________
Beli Buku kami:

Pendakwah harus merasa kesakitan sebelum di puji.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
hubahuba23
Student L4



Joined: May 16, 2009
Posts: 711
Location: N9

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sat May 01, 2010 6:18 am
Reply with quote

inilah pentingnya komunikasi dan perbincangan. ramai orang manusia ada masalah tentang ini. itulah kepentingan belajar berkomunikasi, yang tak de ajar dekat sekolah rendah atau sekolah menengah. bahkan jarang sekali di universiti.

apabila nak berbincang, bawa hujah yang sesuai dan jangan terlalu emosi. utamakan akhlak baik. dapatkan maklumat secara tepat dan jika tiada penyelesaian, panjangkan perbincagan ke suatu masa yang lain. jangan ambil keputusan terburu-buru.

ramai antara kita yang mengelak dari perbincangan, samada kerana kurang sabar, kurang ilmu atau kurang memahami. ada juga yang suka meleret2 dari perbincangan asal, sampai tujuan asal perbincangan kabur dek masalah2 lain.

jadi, saya bukan nak bagi jawapan kepada persoalan 1 dan 2 dalam topik ini, tapi saya ingin memberi saranan agar perkara ini dibincangkan dengan baik dan mencapai satu kata sepakat, samada untuk meneruskan pertungan atau tidak.

bagi jawapan soalan 1 dan 2, serahkan kepada pihak fiqh.

_________________
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Game Islamik!

The Pandan Lodge - Budget Stay at Heritage City
Back to top
View user's profile
Asy-Syafiie
Panel Fiqh



Joined: Jan 26, 2009
Posts: 3682

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sun May 02, 2010 12:43 am
Reply with quote

Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.

Dalilnya: "Janganlah kamu menjual di atas jualan saudara kamu dan janganlah merisik / bertunang atas pinangan saudaramu".

Kalau tak suka kena berterusterang supaya tidak ada masalah pada masa akan datang.

Wallahu a'lam bissowaab.

_________________
1hati atas ketaatan Agama. +
1maksud dalam mencari kebenaran. +
1tujuan untuk mencapai keredaan Allah.
= Selesai masalah umat.

Jom kita semua cuba 1h1m1t.
Back to top
View user's profile Visit poster's website
FATHI
Panel Hadith



Joined: Jul 02, 2008
Posts: 14197
Location: Iskandariah, Mesir

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sun May 02, 2010 1:58 am
Reply with quote

Asy-Syafiie wrote:
Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.

Dalilnya: "Janganlah kamu menjual di atas jualan saudara kamu dan janganlah merisik / bertunang atas pinangan saudaramu".

Kalau tak suka kena berterusterang supaya tidak ada masalah pada masa akan datang.

Wallahu a'lam bissowaab.

-------------------- tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith:

hadith sahih -

لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ

Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033)

_________________
‎‎‎"Hizbullah yang hakiki ialah "Hizb Abu Bakar serta `Umar serta `Uthman serta `Ali serta `Aishah serta Para Sahabah seluruhnya", bukan Hizbullah yang disebut-sebut sekarang" ~ Fathi Al-Sakandary ~‎


Last edited by FATHI on Sun May 02, 2010 2:56 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
ummu_durrah
Ahli Setia



Joined: Feb 22, 2010
Posts: 2175

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sun May 02, 2010 2:49 pm
Reply with quote

komunikasi tu penting..

Lelaki dia suka tu tau ke dia tu bertunang? kalau tak tau, free2 dapat dosa kacau tunang orang.. adoi2~

_________________
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللهَ يَرَى

By Allah.. I will return..
Back to top
View user's profile
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sun May 02, 2010 3:47 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Soalan sudah terjawab. Kesimpulan:

a) Haram mengganggu tunang orang tidak kira sama ada perempuan tersebut suka dengan tunangnya atau tidak.

b) Begitu juga haram bagi yang sudah bertunang berkahwin dengan pasangan lain selagi mana belum putus ikatan pertunangan.

c) Seandainya tidak suka dengan tunang, hendaklah berterus terang, bukan dengan cara curang yang dilarang Islam, apatah lagi ia menyebabkan masalah di masa hadapan.

Wallahua'lam.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abu_usamah
Moderator



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 9944
Location: Tampin N9

PostPost subject: Re: Hukum Menduakan tunang
Posted: Sun May 02, 2010 3:48 pm
Reply with quote

Thread Close
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.   Printer Friendly Page    Forum Index Fiqh
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 173
Bots: 0
Total: 173
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster