| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
abulwafaa


Joined: Jul 10, 2008 Posts: 3268 Location: Ipoh
|
Post subject: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Sun Oct 12, 2008 9:31 am |
|
Terimalah apa yang telah ditentukan dengan tenang, redha dan sabar. Marah dan dendam tak akan mengubah keadaan.
1. Banyakkan berdoa (batu yg keras pun boleh dihakis inikan pula hati mak bapak +/- mertua)
2. Banyakkan Qiyaamullail
3. Hafal Qur'aan (cuba buat macam budak2 Ma'had Tahfiz; hafal satu muka sehari)
4. Banyakkan hadiri kuliah2 ilmu
5. Sibukkan diri dengan ilmu. Lepas balik Kuliah agama, buka kitab-kitab hadith dan cari matan hadith-hadith yg disebut oleh penceramah.
6. BAnyakkan bersukan. Mainlah bola, basketball, cricket, kickboxing. Belajar berenang.
7. Banyakkan berpersatuan (terutamanya persatuan yang kurang pelajar opposite sex)
8. Belajar rajin-rajin nanti senang nak apply kerja, sambung Master, etc. Kalau Maqbuul je susah nanti. (kalau Academic cemerlang biasanya susah mak bapak/mertua nak pertikai kebolehan. Ramai mak bapak nak anak dia belajar tinggi. Lepas kahwin pelajaran menjunam pun banyak kesnya. Kebimbangan ini perlu diatasi. Yang mengaji Al Azhar tapi kantoi lepas kahwin pun ada. Kalau nak jumpa mereka kita boleh bawa jumpa)
9. Cari kerja dan belajar buat duit serta kena tahu simpan duit. Simpan duit bukan untuk beli VCD/DVD/playstation/komik tapi untuk bayar duit hantaran dan belanja perkahwinan.
10. Kurangkan tengok TV dan segala bentuk sumber yang menaikkan nafsu.
11. Kurangkan lepak di tempat-tempat ramai perempuan bertabarruj.
12. Banyakkan duduk Masjid.
13. Kuasai pelbagai bahasa. Lepas belajar bahasa Arab belajar bahasa Mandarin ke Perancis atau Urdu. Banyakkan bergaul dengan bukan Melayu. Keluarlah dari kepompong Melayu tu.
14. Baca novel Inggeris dan Arab yang bukan berkaitan cinta, jiwang, seks dan lain2. Bacalah autobiography para tokoh. Ketagih novel boleh membantu mengikis mabuk cinta.
Pada masa yg sama boleh pertingkat penguasaan bahasa. Novel Melayu ? Cukuplah untuk yg masih dibangku sekolah. Vocab Melayu senang nak kuasai.
15. Kurangkan bergaul dengan golongan merapu. Banyakkan bergaul dengan 'Ulamaa', kaki study, dan mereka2 yg ada skill2 berguna yang kita tiada.
16. KUasai kemahiran2 baru. Contohnya belajar cara nak repair kereta, komputer. atau belajar macamna nak guna Flash, Macromedia, Video editing. Nanti banyak benda kita boleh jana di AFN ni.
17. Tubuhkan Study group untuk bincang isu akademik dan agama.
Bila dah benar2 sibuk susah rasanya jiwa itu nak dikuasai cinta, angau dan seumpamanya. Yang banyak jiwang ni golongan yg punya terlalu banyak masa dalam lagha. Cuba tengok sejarah ramai ustaz2 kita dulu. Ramai yg kahwin lambat sebab terlalu sibuk menuntut ilmu. Nik Aziz pun kahwin lewat 30an. Ibn Taimiyyah dan An NAwawi tak sempat kahwin pun kerana disibukkan dengan ilmu. Angau dan jiwang karat lebih senang hinggap pada jiwa yang kosong. Oleh itu elakkan kekosongan jiwa.
_________________ abulwafaa.protajdid.com/ |
|
| Back to top |
|
|
farhani_azizan


Joined: Jun 29, 2008 Posts: 981 Location: Jakarta Indonesia/ Kangar, Perlis
|
|
| Back to top |
|
|
thtl


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 20521 Location: Sbg Jaya SEL
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Sun Oct 12, 2008 10:31 am |
|
17 formula Doc abulwafaa ni kalau disalurkan kepada Kementerian wanita dan pembangunan keluarga (sharizat jalil dan ng yen yen), mmg boleh selesai masalah seksualiti yg melanda negara sekarang ni....
_________________ *Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN* |
|
| Back to top |
|
|
abuMAH


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 900 Location: Selangor
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Sun Oct 12, 2008 11:39 am |
|
Ini bukan ajer boleh diguna pakai oleh org bujang malah yg tak tahu apa perlu dibuat bila masa lapang terlalu banyak.
Syukran. Izinkan saya memanfaatkannya !!
_________________ “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari pada Allah, Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. AQ(9:24) |
|
| Back to top |
|
|
syarief


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 801
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Sun Oct 12, 2008 12:07 pm |
|
cadangan yang sangat baik.
alhamdulillah, kebanyakannya sedang diamalkan..
memang ana termasuk dalam kategori ni.. (apakan daya.. )
|
|
| Back to top |
|
|
ummimq


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 3662
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Wed Dec 10, 2008 1:50 pm |
|
Satu lagi elak dari pergi ke kenduri kahwin ..... jadi taklah terasa sangat kan kan kan :).
Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
|
| Back to top |
|
|
tanpanama


Joined: Jun 27, 2008 Posts: 907 Location: Bintang Timur
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Wed Dec 10, 2008 1:56 pm |
|
| ummimq wrote: |
Satu lagi elak dari pergi ke kenduri kahwin ..... jadi taklah terasa sangat kan kan kan :).
Wallahuta'ala a'lam bissawab |
not praktikal la ummi, kalo orang da ajak tu wajib pegi...nanti dapt dosa
"kering" plak....
|
|
| Back to top |
|
|
abuirfan


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 4393 Location: Exist Far Beyond Your World
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Wed Dec 10, 2008 2:39 pm |
|
Sangat-sangat bersetuju! :good
_________________ “Terimalah apa yang mudah dari akhlak mereka dan perintahkanlah orang lain mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. (Al-A’raaf : 199)” - http://abuirfan.org |
|
| Back to top |
|
|
fawau


Joined: Jun 28, 2008 Posts: 49
|
Post subject: Re: Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin Posted: Wed Dec 10, 2008 2:40 pm |
|
salam..mohon nak salin tampal kat blog ana..hehe
islamsolusi.blogspot.com
|
|
| Back to top |
|
|
|
|