Community Forums
Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Diskusi Mazhab dan Aliran
Go to page Previous  1, 2, 3
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexMazhab dan Aliran
View previous topic :: View next topic  
Author Message
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:15 am
Reply with quote

perincian spt itu tidak dikenali dan tak ada dalam mana-mana kitab fiqh yg utama. Maka sila abaikan...
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Back to top
View user's profile
peyoy
Ahli Setia



Joined: Dec 09, 2008
Posts: 2360
Location: Ampang, KL

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:40 am
Reply with quote

thtl,

Ana kadang kala amarah juga bilamana ada ahli jemaah surau yang memisahkan si anak kecil dgn bapanya.... sedih melihat air muka kanak2 yg ditarik oleh seseorg jemaah utk berada di saf kanak2 di belakang...

kalau terjadi pada anak ana, boleh panas hati nie.... Grrr

_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...

www.facebook.com/peyoy...757?ref=mf

www.mudah.my/peyoy-gadget-tech

al-fikrah.net/Personal/u=peyoy/


Last edited by peyoy on Tue Feb 09, 2010 1:04 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Visit poster's website
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:43 am
Reply with quote

mmg dah banyak kes terjadi...

ada satu thread kat AFN menceritakan bagaimana pak arab yg dok kat Malaysia bertindak keluar mesjid, gara-gara pegawai mesjid pisahkan anaknya dari sisinya dan arahkan anaknya solat di saf kanak-kanak...pak arab marah, dia kata mana ada istilah saff kanak2...

cuba cari thread tsb...

dalam kes ni kita kena akur dgn peraturan di Malaysia...tak guna kita lawan depa dalam isu khilafiah

_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Back to top
View user's profile
peyoy
Ahli Setia



Joined: Dec 09, 2008
Posts: 2360
Location: Ampang, KL

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:48 am
Reply with quote

kalau anak tu kena culik, sapa nak dipersalahkan?? lebih2 lagi dlm solat Jumaat....
_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...

www.facebook.com/peyoy...757?ref=mf

www.mudah.my/peyoy-gadget-tech

al-fikrah.net/Personal/u=peyoy/
Back to top
View user's profile Visit poster's website
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:51 am
Reply with quote

gulp!

kalau dah ada kanak2 kena culik dalam mesjid, maka tahap keselamatan Malaysia sudah teruk...PDRM tak layak naik gaji...hehehe

_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Back to top
View user's profile
abucempaka
Student L2



Joined: Dec 21, 2009
Posts: 408

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:52 am
Reply with quote

suka ana syorkan pada sahabat2 di AFN masalah2 seperti ini kecik jer berbanding manhaj sunnah yg kita ingin terapkan dalam masyarakat

ana fikir banyak perkara besar yg sepatutnya kita jalankan terbantut disebabkan perkara begini

kalau banyak berlaku perkara bidaah kat tempat kita maka yg utama ialah sampaikanlah pada mereka dgn hikmah melalui muamalat yg baik
Back to top
View user's profile
syahrezan
Website Team



Joined: Jul 19, 2008
Posts: 1831
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:52 am
Reply with quote

cara nak mengubahnya ada 2 .

1. Model flushing
2. Model army general

Model no1 makan masa panjang. No2 makan masa juga tapi jauh lebih pendek dan agak mudah.

Model no 2 adalah dengan guna kuasa atau pengaruh.

Saya imam di surau saya. Bukan lantikan, tetapi imam tak rasmi . Tetapi saya yang paling banyak jadi imam, serta banyak bantu aktiviti surau.

Saya memang selalu bawa anak ke surau. Dia akan duduk sebelah saya di posisi imam. Kalau saya makmun, dia duduk sebelah saya. Bukan saya suruh, tapi anak kecil 3t nak buat macam mana.
Harri tu khutbah raya, anak saya duk di kepusi khatib, dan berdiri sebelah saya sambil pegang tongkat khatib.

Memang tak de orang tegur pasal takluk dan pengaruh saya, dan saya tahu ianya juga tak dapat ubah pendirian orang tradisional. Tapi, insyaALLAH orang atas pagar the silent majority mula tukar pandangan.
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Abu_Bunyameen
Student L4



Joined: Jun 30, 2008
Posts: 710
Location: Putrajaya

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 10:11 am
Reply with quote

tu la pasal.

Geng Salafi ni kena kuasai surau/masjid di tempatannya sendiri. Buat usaha tempatan. Takluki hati ahli jemaah surau/tempatan.

Dah jadi AJK/Imam nanti, insyaAllah boleh ubah mende2 yang tak patut ni.
Back to top
View user's profile Send e-mail
fique
Student L7



Joined: Oct 07, 2009
Posts: 1579
Location: Shah Alam S.7

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 10:24 am
Reply with quote

di tempat ana, surau yang active dengan activity sunnah..kebanyakan makmum membawa anak mereka solat bersama2 dgn saf makmum..

tetapi ade la 2-3 kerat yang membawa anak2 tapi dibiarkan di belakang, habis siap main polis sentry & bermacam2 bunyi "ala2 ketenteraan yang keluar dari mulut budak2 ni"..sampai kadang2, solat kita jadi xboleh nak khusyuk 100% sebab bising nya makhluk2 kecil ini...

macam mana nak tegur ye? boleh bagikan cadangan x para AFNetters sekalian?
Back to top
View user's profile Send e-mail
bentara
Student L5



Joined: Jul 28, 2008
Posts: 991
Location: Adelaide, Australia

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 11:58 am
Reply with quote

fique wrote:
di tempat ana, surau yang active dengan activity sunnah..kebanyakan makmum membawa anak mereka solat bersama2 dgn saf makmum..

tetapi ade la 2-3 kerat yang membawa anak2 tapi dibiarkan di belakang, habis siap main polis sentry & bermacam2 bunyi "ala2 ketenteraan yang keluar dari mulut budak2 ni"..sampai kadang2, solat kita jadi xboleh nak khusyuk 100% sebab bising nya makhluk2 kecil ini...

macam mana nak tegur ye? boleh bagikan cadangan x para AFNetters sekalian?

Laporkan kepada AJK.

_________________
krenmaut.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
syahrezan
Website Team



Joined: Jul 19, 2008
Posts: 1831
Location: Petaling Jaya

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:10 pm
Reply with quote

fique wrote:
di tempat ana, surau yang active dengan activity sunnah..kebanyakan makmum membawa anak mereka solat bersama2 dgn saf makmum..

selaind daripada kuliah, boleh kongsi apa dia activity sunnah? nak belajar dan amal di surau sendiri...
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
abuadam
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 1060
Location: 161-B Jalan Ampang

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 12:40 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Mungkin boleh ditampal artikel di bawah pada papan kenyataan surau bahagian ilmu/sunnah untuk manfaat dan kefahaman ahli kariah.


===
Apakah kanak-kanak tidak boleh duduk di saf hadapan?

Seringkali kita melihat kanak-kanak apabila memasuki masjid, mereka dipisahkan dari ibubapa mereka. Sudah menjadi kelaziman, kanak-kanak ditempatkan di saf yang terbelakang. Tidak kurang juga kita melihat terdapat AJK masjid ditugaskan khas bagi memastikan agar kanak-kanak ini pergi ke tempat yang dikhusus untuk mereka.

Tidak kiralah, samada mereka sampai awal atau pun tidak, mereka tetap akan diletakkan di saf belakang, Keadaan yang lebih sedih lagi, terdapat kanak-kanak yang sampai awal, duduk di saf pertama disuruh berpindah ke saf belakang.

Tindakan ini disebabkan dikhuatiri kanak-kanak ini mungkin akan mengganggu jemaah yang bersolat di saf hadapan. Ada kemungkinan mereka akan bermain-main atau menangis, dan ini akan mengalih konsentrasi jemaah yang berada di saf tersebut. Alasan ini yang menyebabkan masjid mempunyai saf khas untuk kanak-kanak bersolat.

Ada juga diantara pihak masjid yang melaksanakan larangan ini disebabkan terdapatnya riwayat yang melarang membawa kanak-kanak ke masjid. Di dalam Sunan Ibn Majah, kitab masjid dan jemaah, bab apa yang tidak disukai di dalam masjid, dkatakan Nabi s.a.w. bersabda :-
جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراركم وبيعكم وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر وجمروها في الجمع
"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750].

Hadith ini dha’if (lemah) menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith di atas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid.

Sedangkan, di sana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada di belakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi s.a.w. bersabda :-
يَلِني منكم أُولُو الأحْلامِ والنُّهى
"Jadikan di belakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat di hadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal.

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi s.a.w. melakukan Haji sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa di atas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih di mana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :-
لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه
"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) di tempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk di saf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk di mana-mana ruang yang dibenarkan di dalam masjid.

Kedua-dua Syeikh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara di bawah ini :-
• Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid
• Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku ke atas mereka.
• Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
• Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang ditempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa di sebelahnya.
Ada di kalangan ulama' mencadangkan di dalam saf yang panjang, yang betul-betul berada di belakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan di samping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan.

Bapa juga berperanan mendisplinkan anak-anaknya agar mereka tidak bertindak nakal di dalam masjid. Kanak-kanak perlu digalakkan bersolat di masjid oleh ibu-bapa mereka. Ia menjadi kewajipan ibu-bapa mengajar anak mereka bersolat, sebagaimana semua di antara kita sudah maklum dengan hadith berikut :-
مروا أولادكم بالصلاة لسبع واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع
"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud].

Syiekh Saleh al-Fawzan [5] mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan dalam proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.

Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal. WA.

------------

1. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399

2. Kitab al-Majmu jilid 4. Jeddah : Maktabah Irsyad, ms.186

3. Fath al-Bari Jilid 4. Kaherah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244

4. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : www.islamonline.net/se...2528621924
5. Fatwa beberapa mufti. اصطحاب الأطفال للمساجد. URL : www.islamonline.net/se...2528620774

-susunan HJ Kamin, ahkam.net, 20 Mei 2007-

_________________
”I seek refuge in Allah from knowledge that brings no wisdom, from a heart that lacks kindness, from desires that bring discontent, and from supplications that go unanswered"
Back to top
View user's profile
fique
Student L7



Joined: Oct 07, 2009
Posts: 1579
Location: Shah Alam S.7

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 2:24 pm
Reply with quote

syahrezan wrote:
fique wrote:
di tempat ana, surau yang active dengan activity sunnah..kebanyakan makmum membawa anak mereka solat bersama2 dgn saf makmum..

selaind daripada kuliah, boleh kongsi apa dia activity sunnah? nak belajar dan amal di surau sendiri...

setakat ni ana join kalau kuliah jer..activity lain seperti ziarah segan ckit nak join bagi orang2 lama..kuliah maghrib setiap hari, talaqi Al-Quran & kuliah subuh tiap2 weekend..cuma di surau ini mempelbagaikan jenis kuliah dari bab hadith, fiqh jenayah, fiqh muamalat dan lain2..kalau bulan ramadhan menjemput lecturer dari MEDIU menjadi imam tarawih dilakukan mengikut sunnah..

cuma segelintir je jemaah yang belum sunnah sepenuhnya selalu menjemput ke majlis tahlilan...ana xpernah join hehe Very Happy

WA..
Back to top
View user's profile Send e-mail
nazz
Beginner



Joined: Dec 26, 2009
Posts: 3

PostPost subject: Re: Super Urgent! fatwa kanak2 di saf dewasa
Posted: Tue Feb 09, 2010 3:18 pm
Reply with quote

Salam ziarah. Same lak mcm ngn owg atas ana pun tk join kalo mjlis2 mcm tu hehe. duk tahlilan Then duk yassinan pun slalu berlaku di setiap mlm jmaat. Ana duk bc qur'an seOrg2x je kt tepi2 pintu msjid tmpt ana.. Bile mlm jmaat.
Back to top
View user's profile Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Mazhab dan Aliran
Page 3 of 3
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.

-- HR. Abu Daud

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: an-nadim
New Today: 0
New Yesterday: 6
Overall: 4433

People Online:
Members: 3
Visitors: 4
Bots: 0
Total: 7
Who Is Where:
 Members:
01: dramirullah > Community Forums
03: ibnumaskub > My Private Messages
Hidden: 1
Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21758 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4987 

   mfauzy 
 Posts: 
 4618 

   FATHI 
 Posts: 
 4609 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4359 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3743 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3705 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3347 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2872 

   nawawi 
 Posts: 
 2621 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2584 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2507 

   peyoy 
 Posts: 
 2360 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1947 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1831 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster