| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
UmmuYaser


Joined: Oct 05, 2009 Posts: 255
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 11:20 am |
|
| Luqyana wrote: |
:salam
Mungkin juga kerana kurangnya penerapan nilai-nilai murni, tanggungjawab dan penghayatan dalam beragama. Tak takut dosa dan sebagainya. Membuatkan Muslim dan Non-Muslim ni kelihatan hampir 'sama'. Mungkin boleh memberi presepsi pada non-muslim bahawa sama ada menganut agama Islam atau tak, sama sahaja. Ada orang Islam minum arak, ada orang Islam main judi, ada orang Islam tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya. Sedangkan orang Islam itu sendiri tidak menghormati agama.
Dulu2 saya pernah terdengar sekumpulan budak2 lelaki nakal di kolej saya meminta pertolongan seorang non-muslim ni untuk membeli makanan pada bulan Ramadhan. Non-muslim tu bertanyalah lu orang tak puasa ke? Selamba je budak2 nakal tu jawab 'kami uzur' sambil bergelak ketawa. Huh...
Kalaulah ramai mempunyai sikap dan berkelakuan begini, macam mana Islam nak berkembang di Malaysia?
WA |
Dalam ertikata lain, Islam telah lama kehilangan 'Ezzah'nya di mata kuffar . Soalnya, siapakah yang menghilangkan Ezzah islam tersebut?
_________________ thetruesalafi.blogspot...gspot.com/
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ
" Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah...."-As-Sof- |
|
| Back to top |
|
|
mfauzy


Joined: Aug 27, 2008 Posts: 4651 Location: Kuala Lumpur / Petaling Jaya
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 12:30 pm |
|
| hajiustaz_drseiji wrote: |
| salah bocah. |
_________________ .
.
mfauzy a.k.a abu ghazi ingin menyusun jari memohon kemaafan sekiranya saya telah mengguris perasaan atau menyakiti hati mana-mana pihak sepanjang saya berforum di AFN. Saya akan "berhibernasi" seketika demi komitmen pelajaran dan akan kembali setelah urusan selesai. Mohon doakan supaya urusan saya dipermudahkan. Terima kasih. |
|
| Back to top |
|
|
abu_musa


Joined: Jan 10, 2009 Posts: 145
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 1:15 pm |
|
Orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam mungkin tidak mendalami ilmu agama dengan dalam.
Orang yang memeluk Islam mengkaji dengan mendalam agama Islam sebelum memeluknya.
|
|
| Back to top |
|
|
hajiustaz_drseiji


Joined: Aug 14, 2009 Posts: 2330
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 1:28 pm |
|
| mfauzy wrote: |
| hajiustaz_drseiji wrote: |
| salah bocah. |
 |
sayang bocah takde respons
_________________ drseijiseimura84.blogspot.com
psstt en petronas jgn spy aku.... |
|
| Back to top |
|
|
Po.I


Joined: Mar 24, 2009 Posts: 16
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 1:38 pm |
|
sbb melihat keadaan masyarakat kita ni they cannot find a good reason why should they revert. izzah takde.
|
|
| Back to top |
|
|
UmmuYaser


Joined: Oct 05, 2009 Posts: 255
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 2:15 pm |
|
| Po.I wrote: |
| sbb melihat keadaan masyarakat kita ni they cannot find a good reason why should they revert. izzah takde. |
Masyarakat Islam di Malaysia sukar beri kerjasama dan berbaik-sangka. Suka memperlekeh pandangan orang baru, taasub pada pandangan kaumnya, mudah terpengaruh dengan akhlah-akhlak buruk yang dibawa oleh pendatang khususnya yang Afro-America(kasar dan suka mencaci). Saya sendiri pun bila terkena dengan golongan yang macam ni hati jadi tawar nak berbicara lebih lanjut. So, bayangkanlah jika non-muslim terkena dengan orang-orang sebegini...pasti mereka anggap Islam keseluruhannya sama macam tu...
_________________ thetruesalafi.blogspot...gspot.com/
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ
" Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah...."-As-Sof- |
|
| Back to top |
|
|
bocah


Joined: Dec 21, 2009 Posts: 1127
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 5:12 pm |
|
Jangan melihat islam itu dari penganutnya tapi lihatlah islam
dari ajarannya...sebab penganutnya boleh betul boleh salah..WA..
Haji sentiasa salah kan bocah,ada apa2 kot? hehe
|
|
| Back to top |
|
|
UmmuYaser


Joined: Oct 05, 2009 Posts: 255
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Sun Jan 10, 2010 9:34 pm |
|
| bocah wrote: |
Jangan melihat islam itu dari penganutnya tapi lihatlah islam
dari ajarannya...sebab penganutnya boleh betul boleh salah..WA..
Haji sentiasa salah kan bocah,ada apa2 kot? hehe |
Sebenarnya itulah yang sering saya pesan pada saudara-saudara muslim yang baru memeluk islam bila ada yang mempersoalkan akhlak masyarakat muslim kita . Tapi dalam konteks tajuk dan peringatan untuk kita, perlu dihighlight kan akhlak dan perangai buruk ini semoga dapat diubah perangai buruk itu
_________________ thetruesalafi.blogspot...gspot.com/
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ
" Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah...."-As-Sof- |
|
| Back to top |
|
|
short_circuit


Joined: Jan 16, 2009 Posts: 63
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Jan 18, 2010 11:35 am |
|
[quote="sweets"]
| ummimq wrote: |
sebab Islam yang mula-mula datang ke Tanah Melayu adalah versi tareqat.
WA |
mengikut catatan buku sejarah, Islam mudah berkembang di kalangan masyarakat Melayu disebabkan Sultan/Raja menerima Islam itu terlebih dahulu ... hidayah daripada Allah itu sudah tentulah, tapi pengaruh sultan/raja adalah juga menjadi satu asbab yang penting ... jadi sebab itulah kita ada masyarakat melayu Nusantara yang Muslim turun-temurun hinggalah ke hari ini...
Namun itu ratusan tahun dahulu, jika pun benar versi tareqat yang awal-2 masuk dikatakan punca kenapa Islam tidak berkembang di kalangan non-Muslim Malaysia, itu tidak boleh dijadikan alasan pada masa sekarang ... dengan ilmu dan penyebaran maklumat semakin berkembang .. bermacam-2 aliran dan bermacam-2 teori dakwah dan psikologi .... juga bermacam-2 kisah non-Muslim yang dapat hidayah yang disiarkan di media-2 .. semua tu boleh dijadikan iktibar ...
Namun perlu diingat, bukan semudah itu nak tarik keseluruhan non-Muslim masuk Islam ... jadi tidak wajar menyalahkan beberapa pihak berwajib dalam masalah ini .... dalam konteks isu yang dibangkitkan dalam topik ini, ianya mengenai seorang pelajar dari luar yang bertanya mengapa non-Muslim yang belajar di UIA tidak tertarik untuk menganut Islam ?? jadi skop yang dimaksudkan tu barangkali ialah dalam lingkungan UIA yang kecil ... ianya tidak sama dengan sebuah negara yang luas .. hatta di negara majoriti umat Islam di timur tengah dan Afrika sendiri pun masih ramai penganut Kristian ...
|
|
| Back to top |
|
|
ummimq


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 3752
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Feb 08, 2010 3:06 pm |
|
Apabila membaca kisah-kisah orang bukan Islam 'revert' kepada Islam jelas mereka mendapat hidayah dari Allah SWT bermula dari hati mereka sendiri. Kisah Yusuf Islam, Abu Bakar (dalam you tube Maher Zain - open your eyes) dan ramai lagi adalah bukti bahawa mereka mendalami Islam dari hati dan jiwa mereka sendiri. Persekitaran sekedar mainkan peranan merangsang hati dan minda mereka.
Umi sebut versi tu sebab Islam di bawa oleh pedagang Arab Yaman - sekadar fakta sejarah saja. Tetapi kini Islam tidak berkembang kerana bukan Islam di negara ini keliru dengan sikap orang Islam yang tidak istiqomah dengan Islamnya. Dan hidayah hanyasanya dari Allah SWT jua.
WA
|
|
| Back to top |
|
|
maverich


Joined: Aug 04, 2008 Posts: 1649
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Feb 08, 2010 4:28 pm |
|
islam yang tulen yg dibawa oleh nabi ada izzah dan kemolekannya.
kat malaysia ni agama Islam yang dah diadulterated.
jadi mana non muslim nak tertarik dgn mudah ??
non mulim yg tertarik dgn Islam pun sbb atas daya inisiatif mereka sendrii setelah mereka mengkaji dan compare Islam dgn agama2 lain.
jarang sbb melihat akhlak muslim kat sini kot
|
|
| Back to top |
|
|
abufaqeeh


Joined: Sep 02, 2008 Posts: 417 Location: shah alam
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Feb 08, 2010 4:59 pm |
|
siapa yang ada data berkaitan peratus perkembangan Islam di malaysia?
ataupun di dunia?
_________________ mendaulatkan manhaj salaf untuk semua |
|
| Back to top |
|
|
Yusof


Joined: Jul 19, 2009 Posts: 1482 Location: Kuantan, Pahang
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Feb 08, 2010 5:27 pm |
|
| ummimq wrote: |
sebab Islam yang mula-mula datang ke Tanah Melayu adalah versi tareqat.
WA |
Ukhti Ummmiq yang dimuliakan, Islam datang ke tanah melayu ada 3 teori . Ketiga2 teori ini kuat. Ada yang kata Islam datang dari India, ada yang kata ia datang dari Cina dan ada yang kata ia datang terus dari arab. Syeikh Hamka menguatkan pendapat ketiga.
Pendapat peribadi, sekadar perbincangan dengan ramai non-muslim. Mereka menolak Islam bukanlah kerana cara awal2 islam itu datang .
Tapi kerana sebab2 yang telah disebutkan oleh forumerz lain.
1) Akhlak kita sendiri yang sangat mendukacitakan. Kita lihat berapa banyak kes peragut, dadah, buang anak dan sebagainya datang dari muslim
2) Salah tanggapan terhadap Islam yang terlalu banyak samada dari media atau lain2 jalan.
Kesimpulannya, sangat sukar mereka nak lihat wajah sebenar tentang Islam.
Sebab tu setiap dikalangan kita termasuk saya, perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyampaikan dakwah ini.
WaAllahu a'lam
_________________ Politician looks for next election, Statesman looks for next generation |
|
| Back to top |
|
|
ummimq


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 3752
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Mon Feb 08, 2010 7:59 pm |
|
Cara awal Islam datang tetap menjadi 'benchmark' kepada apa yang berlaku sekarang. Sikap sekedar mengamalkan sebahagian saja dari Islam dan tidak menekankan bahawa Islam itu syumul dan bukan hak sesuatu kaum telah menular.
WA
|
|
| Back to top |
|
|
bocah


Joined: Dec 21, 2009 Posts: 1127
|
Post subject: Re: Mengapa Islam Tak Berapa Berkembang di Malaysia ? Posted: Tue Feb 09, 2010 2:16 pm |
|
| ummimq wrote: |
Cara awal Islam datang tetap menjadi 'benchmark' kepada apa yang berlaku sekarang. Sikap sekedar mengamalkan sebahagian saja dari Islam dan tidak menekankan bahawa Islam itu syumul dan bukan hak sesuatu kaum telah menular.
WA | Kalau nak syumul,tentunya perlukan sebuah negara untuk
amalkan ajaran2 yang terkandung di dalam Alquran dan Assunnah..
|
|
| Back to top |
|
|
|
|