Bahaya wahabi- harian metroBerkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2, 3 Next
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
Yusof


Joined: Jul 19, 2009 Posts: 1482 Location: Kuantan, Pahang
|
Post subject: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 1:49 pm |
|
www.hmetro.com.my/Curr...ndexv_html
GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.
Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.
Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.
Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.
Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.
Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.
Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.
Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.
Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).
Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.
"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.
"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.
"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.
"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.
Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.
Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.
Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.
"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.
"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.
Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.
"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.
Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.
Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.
Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.
Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."
Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.
Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.
Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."
Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.
Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).
Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.
INFO
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:
# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
# Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
# Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
# Amalan tariqah dilarang sama sekali
# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras
Benarkah pernyataan yang di bold tu dari imam Syafie? Kalau benar maka ia bercanggah dengan kata2 Imam Malik, 'Apa yang tak jadi agama ketika itu,maka ia tidak menjadi agama ketika ini'.
Apakah dalam ibadah khusus salafussoleh 'uzur' sehingga meninggalkan amalan tertentu??
Last edited by Yusof on Sat Nov 07, 2009 3:12 pm; edited 2 times in total |
|
| Back to top |
|
|
kemabaik


Joined: Jun 27, 2008 Posts: 1503 Location: Penang
|
|
| Back to top |
|
|
menj


Joined: Nov 07, 2009 Posts: 4
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:02 pm |
|
Tak habis-habis lagi dengan isu Wahabbi ni nampaknya. Diaorang ni tak sedar ke yang "Wahabbi" kat Saudi tu bermazhab Hanbali?
_________________ Muslim Responses |
|
| Back to top |
|
|
al-panji


Joined: Sep 05, 2008 Posts: 298 Location: Bandar Baru Bangi
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:04 pm |
|
Harap ada ustaz kita hujah balas untuk menjernihkan fakta yang tak betul
|
|
| Back to top |
|
|
adam666


Joined: Dec 03, 2008 Posts: 20
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:09 pm |
|
masyallah...never end....
_________________ adam666.fotopages.com |
|
| Back to top |
|
|
nurledge


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 804
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:34 pm |
|
Satu lagi bola tanggung dari pegawai JAIS....
|
|
| Back to top |
|
|
kemabaik


Joined: Jun 27, 2008 Posts: 1503 Location: Penang
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:36 pm |
|
Banyak btl fakta di atas tu tak btl ..
_________________


  |
|
| Back to top |
|
|
aimanfnd


Joined: Apr 02, 2009 Posts: 327 Location: Bangi
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:51 pm |
|
| nurledge wrote: |
Satu lagi bola tanggung dari pegawai JAIS.... |
nak ckp tak nak cakap....cakap je la, maaf la dah nampak macam kentut riuh sekampung hehe aduhai JAIS tajuk buku baru saya nantikan...
_________________ wmnsb.blogspot.com
homedecoaccessories.blogspot.com/ |
|
| Back to top |
|
|
Yusof


Joined: Jul 19, 2009 Posts: 1482 Location: Kuantan, Pahang
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:56 pm |
|
| Quote:: |
Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat. |
Benarkan golongan sunnah mencerca amalan doa qunut dan zikir lepas solat? Hanya yang tak faham sunnah je akan cerca perkara khilaf. Mungkin penulis tak tau beza antara cerca dan kritik.
| Quote:: |
| Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia. |
Mintak pihak berkuasa selesai isu politik dulu. Isu politik lebih memecah belahkan masyarakat.
| Quote:: |
| Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi. |
Mengapa kita mahu mengaku wahabi sedangkan kita bukan wahabi? Siapa pun takkan mengaku pencuri kalau dia bukan pencuri?
| Quote:: |
| Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru. |
Islam mudah? Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri memilih perkara mudah antara dua perkara selagi mana ia tidak haram? Apa takrifan mudah? Bukan semua pendapat yang dipegang itu mudah. Apakah pendapat wajib solat jemaah di masjid yang dipegang sebahagian oleh ulama'2 salafi itu mudah? Apakah pendapat wajib isbal pada sebahagian pendapat ulama2 salafi itu mudah? Tak tepat menilai mudah hanya kerana meninggalkan amalan2 yang tak dilakukan salaf.
Tak tepat mengatakan menghina ASWJ sedangkan tiada sepakat ulama dalam menetapkan amalan2 yang disebut penulis.
| Quote:: |
Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.
Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).
Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam. |
Adakah terdapat ijma' dalam zikir jahar lepas solat? amalan yasin malam jumaat? dan lain2 amalan yang dianggap 'sunnah'?
| Quote:: |
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.
"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya. |
Setakat yang diketahui, Syeikh Muhammad Abdul Wahab bermazhab hanbali. Juga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah banyak menaqalkan kata-kata Imam Ahmad dalam majmu' nya.
| Quote:: |
| Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru. |
Ia bukan tuduhan, tapi qaul ulama sebelumnya yang membincangkan perkara tersebut. Umat keliru kerana kita ta'sub pada satu pendapat.Jika kita terbuka,insyaAllah takda yang keliru.
Namun, kita bersetuju memang kekadang pendekatan kita tak kena dalam sesetengah hal.
| Quote:: |
| Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahma d, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a. |
Setakat yang diketahui, ulama bersepakat tiada bi'dah hasanah dalam ibadah khusus. Pembahagian bid'ah hanya pada sudut bahasa.
| Quote:: |
| Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan. |
Adakah wujud ijma' dalam penafsiran hadis tersebut? Apapun, yang diketahui istidlal hadith itu menunjukkan yang tiada hasanah dalam bid'ah agama.
| Quote:: |
Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.
Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak. |
Ibadah khusus tak boleh disyariatkan dengan dalil umum. Ia perlu disyariatkan dengan dalil yang khusus. Jika tidak, boleh je sesiapa nak berjoget lompat2 sebut nama Allah(menggunakan ayat ar-Ra'du 13:28).
Namun, dalam bab berdoa ia memang luas. Cuma jangan di'tiqadkan mesti lepas solat. Masalahnya masyarakat ada yang menganggap wajib doa jemaah lepas solat.
| Quote:: |
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.
Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah. |
Pengharaman wanita menjadi imam bagi lelaki pun takda dalam hadith. Apakah ia akan jadi halal? Perlu difahami kaedah usul dalam ibadah ialah haram hinggalah menjadi halal.
Jika setiap perkara dalam ibadah khusus boleh ditambah sesuka hati, maka apa gunanya surah al-Maidah ayat 2? Apakah kita mendapat wahyu yang sesuatu amalan itu wajib @ sunnah sedangkan ia tak dilakukan salaf?
| Quote:: |
Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."
Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.
Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791). |
Ini istidlal yang salah. Adapun al-quran boleh dibaca secara bertadarus berdasarkan hadith sahih. Tak diketahui ia dibaca beramai2 atas dengan satu suara, pada waktu tertentu. Ini semua memerlukan dalil.
Sekali lagi menggunakan dalil hadith yang umum tidak tepat. Ini dalil fadilat baca al-quran dan bukan dalil mengharuskan al-quran secara jemaah dengan satu suara.
Apakah jawapan kita pada mereka yang baca al-quran beramai2 sambil menari dan kemudian menjustifikasikan dengan hadith di atas?
| Quote:: |
| Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya. |
Alhamdulilah, mereka tidak menghukum golongan sunnah sebagai sesat. Bab pendekatan tu mungkin benar tapi nak kata mudah perlu dinilai semula.
Maka ada baiknya mereka fokus kepada ajaran yang benar2 sesat seperti syiah, tarikat naqsyabandi dan lain2
| Quote:: |
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:
# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah |
Pegangan ibnu Taimiyah mengikut ulama2 salaf. Maka sebenarnya kita ikut ulama salaf dan bukannya ibnu Taimiyah secara mutlak
| Quote:: |
| # Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq) |
Kita berpegang kepada apa sahaja mazhab selagi mana mereka menafsirkan nas2 dengan benar. Talfiq dibenarkan dengan syarat bukan hendak bermudah2 dengan agama tapi dengan niat menghampiri kebenaran
| Quote:: |
| # Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias |
Ini dusta, rasanya tak perlu ulas sehinggala mereka membawa hujah bagi pernyataan ini
| Quote:: |
| # Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan) |
Bukan semua tawasul yang diharamkan, hanya tawasul kepada manusia dengan anggapan manusia tersebut berpengaruh atas doa.
| Quote:: |
| Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w |
Bab ziarah kubur ada dalam hadith maka tak benar dakwaan ini.
| Quote:: |
| Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik |
Setuju, apa beza berhala dan tugu? Ia mungkin tak disembah sekarang tapi sapa tau in future. Mengikut usul fiqh, lebih baik menutup apa2 pintu kemudaratan.
| Quote:: |
| Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya |
Pujian pada Rasulullah s.a.w dibenarkan dengan syarat tak berlebihan dan atas fakta yang sahih. Bukan fakta dusta seperti yang terkandung dalam barzanji. Sebaik2 pujian ialah selawat ketika solat.
| Quote:: |
| Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain |
Sambutan dibenarkan namun tak perlu mengagungkan tarikh. Sebab tarikh tu pun khilaf. Yang penting intipatinya bukan tarikhnya. Sambutan juga bukanlah sambutan yang sesuai dengan sunnah.
| Quote:: |
| Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya |
Kembali kepada ajaran tauhid yang mudah lebih diutamakan.
| Quote:: |
| Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh |
Apa itu fahaman Ash'ari? Bukankah dia sendiri kembali kepada salaf?
| Quote:: |
| Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah |
Ini dusta, tak siapa yang melarang membaca bismillah pada fatihah. Cuma dibincangkan samada ia dibaca kuat atau perlahan
| Quote:: |
| Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w |
Apakah wujud wirid yang lebih baik dari selawat nabi s.a.w? Jika nak baca wirid dibolehkan asalkan tidak dijadikan ibadah khusus dan maknanya tidak berlebihan.
| Quote:: |
| Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja |
Dusta, dalam hadith shahih nabi menyuruh untuk melagukan al-Quran. Cuma saya tak tahu tentang bolehnya melagukan azan.
| Quote:: |
| Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang |
Benar, rujuk sunan ad-darimi tentang bantahan Ibnu Mas'ud tentang zikir jemaah. Tidak diketahui ada dalil khusus membolehkan zikir jemaah dengan satu suara
| Quote:: |
| Amalan tariqah dilarang sama sekali |
Hanya tariqat yang sesat diharamkan.
| Quote:: |
| Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras |
Imam Syafie sendiri kata boleh zikir kuat lepas solat untuk mengajar makmum tentang zikir sunnah. Setelah diketahui, maka hendaklah diam
Masalahnya di Malaysia setiap kali lepas solat 'wajib' zikir kuat, jika tak buat maka dituduh wahabi.
Last edited by Yusof on Sat Nov 07, 2009 3:08 pm; edited 4 times in total |
|
| Back to top |
|
|
null


Joined: Nov 20, 2008 Posts: 197 Location: Tg Malim & Kuala Kangsar
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 2:57 pm |
|
saya yang baru mengenali dunia sunnah pun boleh menilai. ish3...
_________________ "...Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?..."[39:9] |
|
| Back to top |
|
|
sierra2u


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 82 Location: Penang
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 3:27 pm |
|
SEDIH..
WA
_________________ My Flickr My Flickriver |
|
| Back to top |
|
|
immfma


Joined: Jun 26, 2008 Posts: 590 Location: Scud-AI
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 3:28 pm |
|
Sikap menjahilkan diri terhadap maklumat ...
_________________ It is our static rationality that is betraying the text (Al-Qur'an dan As-Sunnah). Active rationality is what makes the text universal. (Prof. Dr. Tariq Ramadan)
"Allahumma yaa musorrifal quluub, sorrif quluubana 'ala tho'atik". "Allahumma ya muqallibal quluub, thabbit qalbi 'ala diinik"
MY FLICKR |
|
| Back to top |
|
|
roslan


Joined: Jan 19, 2009 Posts: 892
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 3:38 pm |
|
salam
kenapa nak beratkan hal2 aliran sehingga mengundang pepecahan sesama islam........
RSAW telah berpesan:
"umat ku akan berpecah belah menjadi 73 golongan. Semua nya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Para sahabat bertanya; Siapa mereka itu, wahai Rasulullah? beliu menjawab ( Golongan yang memegang teguh ) apa yang aku dan sahabat ku bawa"
WA
|
|
| Back to top |
|
|
peyoy


Joined: Dec 09, 2008 Posts: 2360 Location: Ampang, KL
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 3:46 pm |
|
seseorang wajib menjawab dan memperbetulkan fakta2 yg salah di dlm paper tu... kalau tak dilakukan, dikhuatiri org awam akan terus diperdaya
Nampaknya Dr Asri dan NGO2 sunnah kena buat sesuatu
_________________ BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...
www.facebook.com/peyoy...757?ref=mf
www.mudah.my/peyoy-gadget-tech
al-fikrah.net/Personal/u=peyoy/ |
|
| Back to top |
|
|
Abdullah2


Joined: Mar 31, 2009 Posts: 1082 Location: Perlis
|
Post subject: Re: Bahaya wahabi- harian metro Posted: Sat Nov 07, 2009 4:38 pm |
|
| Quote:: |
| Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. " |
Pernyataan ni tak tau wujud ker tak ?
Tapi blh dicontohkan kepada Azan dgn pembesar suara, azan dgn radio, dakwah dgn internet, belajar agama dgn internet dll yg dah maju.
kalau bab bid'ah, rasanya yg ni hujah dari kitab imam al-Syafie:
Juga sesuai dgn pendapat Imam Syafie,katanya:
مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدْ شَرَعَ وَمَنْ شَرَعَ فَقَدْ كَفَرَ
Ertinya:
“Sesiapa yang menganggap baik [cantik/elok apa yang diciptanya dalam agama], dia telah mencipta syara’, sesiapa yang mencipta syara’, maka dia telah menjadi kafir”. [Lihat حاشية جمع الجوامع jld.2.295.]
_________________ Moga2 kita dapat bersatu.... yang membezakan kita hanya ilmu... |
|
| Back to top |
|
|
|
|
All times are GMT + 8 HoursGo to page 1, 2, 3 Next
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
Hadith Today |
Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia
-- HR. Ahmad dan al-Tirmizi |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Web Affiliates |
Top Posters |
|
|